Tuduhan Indonesia tidak berasas

Tuduhan Indonesia tidak berasas - Zahid



KUALA LUMPUR 13 Okt. - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan sebagai tidak berasas tuduhan golongan tertentu di Indonesia kononnya Malaysia mencuri tanah republik itu.
Beliau berkata penentuan sempadan mengikut garis-garis darjah tertentu telahpun termaktub dalam perjanjian antara British dengan Belanda bertarikh 1891, 1915 dan 1928, dan pengukuran telah dibuat oleh pihak Malaysia dengan Indonesia dan kedua-dua pihak telah menandatangani persetujuan pengukuran itu.
"Kalau dituduh Malaysia ambil tanah itu, ini merupakan sesuatu dakwaan yang tidak benar,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis sumbangan zakat perniagaan berjumlah RM2.58 juta daripada Affin Bank Investment Berhad di sini hari ini. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban