Ezlynn nikahi pengurus sendiri



EZLYNN dan Adam tidak sedar bila cinta berputik antara mereka yang sebelum ini hanya berurusan sebagai pengurus dan artis.



PERKENALAN selama enam tahun dan percintaan selama tiga tahun, diakhiri dengan noktah cinta secara rasmi sebagai suami isteri buat penyanyi Ezlynn atau nama sebenar Azline Ariffin, 30, dan pasangannya yang merupakan pengurus peribadinya sendiri iaitu Adam Fahmy Shamsudin, 35, pada petang tanggal 20 November lalu di Roof Garden, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.


Tidak seperti majlis pertunangan dan pernikahan lain, suami Ezlynn, Adam dilihat cukup sibuk ke hulu-hilir memastikan semuanya sempurna sehingga ada yang terlupa bahawa dialah pengantin pada petang itu.
Ezlynn yang ditemui pada majlis pernikahannya itu memandang suaminya dengan senyuman dan berkata: "Itu yang menyebabkan saya terpikat dengannya. Dia seorang yang mementingkan kesempurnaan. Macam hari ini, pada majlis bahagia kami tetapi dia tetap tidak mahu lepas tangan sebaliknya, ingin memastikan sendiri semua perkara agar majlis berjalan lancar.”
“Saya ikutkan sahaja sebab dia memang selalu kendalikan acara orang, bila majlis nikah sendiri pun dia masih mahu uruskan, walaupun tugas itu sudah diserahkan kepada orang lain.”
Disoal bagaimanakah cinta antara mereka boleh berputik sedangkan saban hari mereka bertemu kerana tugas.
“Ada pepatah mengatakan lebih baik bercinta dengan teman baik sendiri sebab mereka lebih mengenali kita. Sebenarnya sebelum bercinta hubungan kami hanyalah sebagai penyanyi dan pengurus. Kemudian kami menjadi rapat sebagai teman baik dan akhirnya bercinta.
“Adam bagi saya sangat istimewa. Saya suka melihat cara dia menguruskan kerjaya saya dan dirinya sendiri. Dia seorang lelaki yang sangat menghormati perempuan dan bertanggungjawab. Tambahan, dia juga rapat dengan keluarga saya,” jawab penyanyi lagu Hai Hai Bye Bye itu lagi.
Sambung Ezlynn, keluarganya tidak terkejut apabila dia menyuarakan hasrat untuk bernikah dengan Adam kerana mereka sudah lama sukakan Adam dan percaya dia akan bahagia di sisinya.
“Keluarga saya memang suka dia. Mereka pernah cakap susah-susah kahwin sahaja dengan Adam apabila beberapa kali hubungan cinta saya tidak menjadi. Masin mulut mereka, akhirnya memang saya bergelar isteri kepadanya,” kata Ezlynn sambil disulami tawa kecil.
Adam yang setia di sisi Ezlynn memberitahu, apabila bersama Ezlynn mereka sebagai teman baik dan segalanya dikongsikan bersama. Hari-hari yang dilalui bersama Ezlynn demi tugas bertukar cinta, dan perasaannya diluahkan kepada Ezlynn.

PASANGAN bahagia Ezlynn dan Adam akan mengadakan resepsi perkahwinan pada bulan Januari 2012.



Tarikh 20 Januari tahun lalu menjadi tarikh keramat apabila Adam melamar Ezlynn ketika mereka berada di Pulau Phi Phi, Thailand. Tarikh itu juga sangat istimewa kerana ia merupakan hari lahir Adam dan pada 20 Januari 2011, mereka mendapat tarikh untuk melangsungkan pertunangan dan pernikahan mereka serentak.
“Tarikh 20 Januari itu memang sungguh bermakna buat kami kerana itu kami bertunang dan bernikah pada 20 November dan simbolik kepada tarikh itu, saya memberi wang hantaran sebanyak RM20,020 kepadanya.
“Hari ini merupakan hari paling bahagia buat saya, meskipun sudah bergelar suami tetapi saya tetap meneruskan kerjaya saya sebagai pengurusnya seperti biasa. Malah, saya mahu dia lebih berjaya sebagai pelakon dan penyanyi selepas ini,” jawab Adam.
Mahu anak
Sebelum bernikah pada pukul 5 petang, Ezlynn terlebih dahulu bertunang dengan Adam di lokasi yang sama dengan majlis pernikahannya dan majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan rapat sahaja.
Sungguh privasi, tetamu yang hadir juga tidak lebih daripada 70 orang, jawab Ezlynn dia sengaja mahu lari daripada tradisi kerana ingin meraikan hari bahagianya bersama orang yang benar-benar rapat dengan dirinya dan Adam sahaja.
“Bukan tidak mahu panggil ramai orang tetapi saya mahu hari bersejarah saya berlangsung dengan orang-orang yang dekat dengan diri saya. Biarpun tidak ramai, kehadiran mereka cukup menggembirakan saya.
“Soal bertunang pada hari pernikahan, adalah disebabkan kesibukan jadual kerja saya dan juga ahli keluarga yang lain. Bukan mudah untuk mengumpulkan keluarga saya yang tinggal jauh dari Kuala Lumpur, untuk tidak menyusahkan semua orang, saya langsungkan terus majlis pertunangan dan pernikahan pada hari yang sama,” tuturnya.
Meskipun begitu, tidak bermakna Ezlynn dan Adam mengenepikan teman-teman lain, sebaliknya mereka akan mengadakan sebuah majlis resepsi untuk kedua-dua belah pihak pada bulan Januari tahun hadapan dan akan terus berbulan madu di sekitar Eropah selepas majlis resepsi dilangsungkan.

ADAM dinikahkan oleh bapa Ezlynn iaitu Ariffin Alang Ahmad.



“Saya tidak sempat untuk merancang sebuah majlis yang besar kerana majlis tunang dan nikah dirancang dua bulan yang lalu. Jadi, saya perlukan masa untuk majlis resepsi, mungkin kami akan mengadakannya pada 20 Januari tetapi belum ada sebarang tarikh muktamat setakat ini.
“Berbulan madu di Eropah pula adalah idea Ezlynn sebab dia memang suka sangat untuk melancong ke sana. Selepas kami langsaikan kerja yang ada dan majlis resepsi, kami akan pergi berbulan madu,” balas Adam yang memberi lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran daripada pihak Ezlynn.
Berbicara soal cahaya mata pula, baik Ezlynn dan Adam menyerahkannya pada takdir, bagaimanapun jika boleh mereka mahukan cahaya mata segera.
“Saya tidak kisah kalau dapat anak cepat, lagi bagus sebab saya bukannya muda lagi, umur sudah masuk angka 30. Kalau, lambat-lambat sangat susah pula ingin dapat anak, jadi kalau boleh lagi cepat, lagi bagus.
“Apabila saya berkahwin maknanya saya sedia dengan tanggungjawab seorang isteri, bukan sahaja menyediakan makan minum sebaliknya bersedia untuk menjadi seorang ibu juga," luah Ezlynn yang akan muncul dengan lagu single terbaru berjudul Dusta dan filem Husin Mon & Jin Pakai Toncit.
Dalam majlis pertunangannya, ibu Adam, Juriah Abdul Hamid telah menyarungkan gelang di tangan Ezlynn, manakala pada majlis pernikahan pula, bapa Ezlynn, Ariffin Alang Ahmad menikahkan Ezlynn sendiri sambil disaksikan oleh jurunikah masjid Sg. Penchala, Muhammad Ridwan Mohd. Yunus dengan mas kahwin sebanyak RM80.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban