Faralyna Idris seronok berlakon kena pukul & sepak terajang sebelum dirogol beramai-ramai


“Kena pukul & sepak terajang sebelum dirogol beramai-ramai dalam satu babak untuk filem Klip 3gp merupakan satu pengalaman yang paling tidak boleh saya lupakan. Nasib baik pengarah filem, Aidil Fitri Mohamed Yunos banyak memberikan tunjuk ajar dan memberikan gambaran mengenai seorang wanita yang dalam kesakitan. Ia memudahkan saya untuk berimaginasi dan menghayati watak dengan lebih baik,” kata Faralyna Idris ketika sidang preview media filem Klip 3gp.

“Watak sebagai Sandra ini memang berat. Sebelum ini, banyak pengarah memberikan watak sebagai gadis kampung kepada saya. Namun, Klip 3gp telah mencabar saya untuk melakukan kelainan. Sebenarnya, saya pun berfikir 2 kali sebelum menerima watak ini. Setelah berbincang dengan pengarah on what DOs and DON’Ts, saya rasa lebih selesa,” tambahnya
Tidak cukup dengan itu, Faralyna juga menyatakan minat serta keinginannya untuk berlakon lagi watak jahat brutal dalam filem mendatang.
“Selepas ini, saya teringin sangat nak melakonkan watak wanita brutal dan ganas. Kalau KL Gangster tampilkan pelakon lelaki, kenapa pelakon wanita tak boleh? Kalau ada peluang sebegitu, memang saya tak tolak,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban