ISU AUKU - Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

Dengar-dengar khabar mengatakankan bahawa PKR sibuk berusaha memansuhkan AUKU untuk universiti-universiti.Nyata ia adalah umpama menambah bebankan lagi pelajar-pelajar dengan mangambil object tambahan iaitu isu-isu politik dan berkaitan dengannya.
apa yang pasti kajian menyeluruh harus lah dilakukan dari segi pengagihan masa pelajar untuk belajar dan ada masa untuk politik seandainya kedua-duanya mereka kena ambil.
Dari segi pemantauan dan perhatian hanya pelajar melayu sahaja yang akan active pada politik such as PAS , UMNO , PKR dan pelbagai lagi yang ada.

Jika pemerhatian teliti bukan semua pelajar melayu ini yang betul-betul ready untuk ini.takut jikalau mereka akan ketinggalan objectif sebenar dalam pembelajaran mereka sendiri angkara sibuk kan politik.
Bagy saya pelajar-pelajar atau mahasiswa adalah benteng pada negara.Sebab seandainya lah semua domocratic law yang ada fail dan perundangan tumbang.Yang ada untuk mempertahankan negara adalah yang cerdik-cerdik pandai.universiti tidak sepatutnya dipolitikkan.Kerna ia akan mengganggu dari segi pembelajaran khazanah negara yang paling bernilai.
Universiti dan kampus adalah untuk melahirkan dan mendidik bakat-bakat cerdik pandai negara.kenapa harus mereka harus dibebankan dengan politik.semua org tahu bagaimana pilihan raya berjalan.
Semua org tahu bagaimana org politik berkempen.ada yang dimasjid lah,dikedai kopilah dan dimana-mana sahaja.apa yang nyata mereka pasti akan diikuti kemana jua.dipanggil dimerata-rata tempat berkempen.pastinya mereka akan kekurangan masa untuk mentelaah pelajaran mereka.
Yang rugi adalah pelajar melayu sendiri.Sebab gagal mengagihkan masa politik dan pelajaran.Lainlah pelajar-pelajar yang study objectif Law.Sudah pasti politik adalah menabah pengetahuan mereka dengan undang-undang.
Habis bagaimana subject mechanical atau math? Dalam politik tak ada benda ni.

Kenapa harus PKR nak memansuhkan AUKU?

Sedangkan pelajaran yang ada kat kampus dan Universiti yang penuh dengan kerja latihan yang tak henti-henti sehingga ada yang pening kepala nak menyiapkan assignment.Ni nak ditambah pula dengan object POLITIK
seandai anak-anak yang dihantar ke universiti ini gagal dalam pelajaran mereka,
apakah rasa ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ini?
yang rugi adalah sapa?
yang untung sudah tentulah POLITICAL guys.Sebab mereka berjaya menambah lagi pengikut mereka.

P/S:Apadah jadi dengan Politik hari ini? Umpama pencari-pencari balak yang rakus nak mencuri khazanah atau harta negara yang paling bernilai.tebang hutan sana,tebang hutan sini.akhirnya yang tinggal adalah tanah yang Alpha dan kontang.
fikir-fikirkan lah wahai yang cerdik pandai.kamu pasti mampu mencari jawapan yang paling sempurna.

PENGENALAN

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) merupakan satu akta yang digubal oleh kerajaan Malaysia yang diperkenankan oleh raja pada 27 April 1971. Ia juga merupakan suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya.[1] Akta ini dipinda pada tahun 1975 dan 1995 menjadi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1995.

Matlamat utama[2]terhadap pindaan yang dibawa dalam tahun 1975 tersebut yang kekal sehingga kini ialah menghalang:
  • penglibatan pelajar dengan parti politik dan kesatuan sekerja, dan
  • penggabungan di antara badan-badan pelajar.
Antara beberapa peruntukan di dalam AUKU dan juga Kaedah-Kaedah Tatertib Pelajar (merupakan undang-undang kecil yang mengandungi semua peruntukan berkaitan dengan tataertib pelajar-pelajar dan dikuatkuasakan secara seragam di semua IPTA) dimana kaedah ini digubal oleh Lembaga Pengarah Universiti melalui perwakilan kuasa (delegated power) yang diberikan oleh Seksyen 16C (2 / 1) AUKU 1971, yang berlawanan dengan hak asasi manusia serta bersifat menindas dan perlu dipinda atau dimansuhkan segera ialah:
  • Di dalam Kaedah-Kaedah Tatatertib Pelajar yang digunapakai di kesemua IPTA di negara ini dan juga praktis yang menjadi amalan kebanyakan IPTA, bidangkuasa berkenaan dengan hal-ehwal tatatertib pelajar adalah diwakilkan oleh oleh Naib Canselor/Rektor sesebuah universiti kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang kemudiannya akan membentuk Jawatankuasa Tatatertib Universiti/Pihak Berkuasa Tatatertib Universiti. Merujuk kepada AUKU sendiri dan juga Kaedah-Kaedah Tatatertib Universiti, kuasa Jawatankuasa Tatatertib ini adalah amat luas dengan meliputi kuasa
    • menyiasat,
    • menjalankan pendakwaan,
    • mendengar kes tatatertib dan menghakimi kes tersebut dan
    • membuat keputusan serta menjatuhkan hukuman sekiranya pelajar yang dipertuduh itu didapati bersalah.
Beliau menekankan bahawa perkara ini amatlah bertentangan dengan rules against bias yang menjadi tonggak utama kepada prinsip keadilan semula jadi (natural justice) yang menjadi dasar utama kepada mana-mana badan pengadilan termasuklah mahkamah atau pun mana-mana tribunal. Tidak ada jaminan pelajar yang dipertuduh oleh Jawatankuasa Tatatertib tersebut akan mendapat perbicaraan yang adil oleh kerana komposisi Jawatankuasa Tatatertib adalah terdiri dari orang yang sama yang menjalankan segala kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang. Peruntukan ini juga bertentangan dengan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak sama rata di sisi undang-undang dan hak sama rata untuk mendapat perlindungan undang-undang.
  • Tidak terdapat pun sebarang peruntukan samada di dalam AUKU mahupun di dalam Kaedah Tatatertib Pelajar yang memberikan hak kepada pelajar yang didakwa di hadapan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar untuk mendapatkan khidmat seorang Peguambela dan Peguamcara bagi mewakilinya di dalam perbicaraan tersebut. Sedangkan bagi kakitangan universiti termasuk pensyarah yang turut di dakwa atas suatu pertuduhan tatatertib, mereka dibenarkan untuk diwakili oleh seorang peguam berdasarkan peruntukan di dalam Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000. Diskriminasi ini adalah bertentangan dengan Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan manakala penafian hak untuk diwakili oleh seorang peguam (right to counsel) adalah melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan. AUKU sepatutnya dipinda bagi memasukkan peruntukkan yang membenarkan seseorang pelajar diwakili oleh peguam pilihannya sendiri jika dia dibicarakan oleh Jawatankuasa Tatatertib Universiti.
  • Seksyen 15D pula menjadi ancaman utama kepada pelajar, terutamanya kepada pelajar yang sedang dipertuduh di bawah sebarang kesalahan jenayah diluar, di mana pelajar terbabit hendaklah digantung pengajian hinggalah kesnya selesai. Peruntukan ini jelas berlawanan dengan prinsip ‘a man is innocent until proven guilty’ kerana pelajar terbabit telahpun ‘dihukum’ sedangkan kesalahannya belum dibuktikan lagi. Jika didapati bersalah pelajar terbabit secara automatik akan dipecat dan sekiranya didapati tidak bersalah, akan diterima kembali untuk menyambung pengajian. Tetapi kita semua maklum bahawa sesuatu kes di mahkamah akan memakan masa bertahun-tahun untuk diselesaikan. JPMDPP berpendirian peruntukan Seksyen 15D ini sepatutnya dimansuhkan serta merta.
  • Berdasarkan kepada Kaedah Tatertib Pelajar-Pelajar, mana-mana pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan boleh dikenakan mana-mana satu atau gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai yang berikut, iaitu:
    • amaran;
    • denda;
    • dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu Universiti bagi tempoh yang ditetapkan;
    • digantung daripada menjadi seorang pelajar universiti bagi tempoh yang ditetapkan;
    • dipecat dari universiti.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban