Jangan anak tiri bangsa sendiri

Jangan anak tiri bangsa sendiri

 

 

IPOH 20 Nov. - Pemimpin Melayu dalam kerajaan diingatkan supaya tidak menganaktirikan bangsa sendiri semata-mata mahu memenangi hati kaum lain kerana ia hanya akan mengakibatkan orang Melayu terus ketinggalan.
Bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini berkata, selepas Pilihan Raya Umum 1999, ada pemimpin yang membuat andaian bahawa survival politik kerajaan bergantung kepada undi orang Cina dan India.
"Sedangkan undi orang Melayu yang meletakkan mereka di tampuk pemerintahan. Malah, selepas Pilihan Raya Umum 2008, pelbagai cara dilakukan untuk menarik sokongan mereka.
"Kenapa tidak labur jutaan ringgit untuk ajak parti Melayu Islam untuk mengukuhkan perpaduan ummah," katanya pada Forum Titah Raja Muda Perak di Kongres Majlis Agama Islam Negeri-negeri Seluruh Malaysia 2011 di sini hari ini.
Mohd. Annuar turut dukacita dengan beberapa tindakan melampau parti komponen Barisan Nasional (BN) sejak kebelakangan ini yang seolah-olah menghina orang Melayu.
Katanya, mereka tidak sepatutnya bertindak demikian kerana masa depan mereka sebenarnya terletak atas undi orang Melayu.
"Dengan usaha DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memindahkan lebihan pengundi bukan Melayu dari kerusi-kerusi Parlimen dimenangi mereka ke kerusi-kerusi dimenangi MCA dan Gerakan, masa depan calon MCA terletak di tangan orang Melayu," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban