Kelantan Penternak HIV tertinggi di Malaysia

Sunday, September 18, 2011


Omegay: Hebat2!..Kelantan Penternak HIV tertinggi di Malaysia



















Nik Aziz dukacita peningkatan jumlah kes HIV/AIDS di Kelantan
KOTA BAHARU - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dukacita dengan peningkatan pesakit HIV dan AIDS di negeri itu yang dilapor tertinggi di Malaysia, kerana mencemarkan imej Kelantan sebagai Serambi Mekah dan pusat pengajian agama.

Keadaan itu kata beliau berpunca daripada remaja yang tidak mengendahkan ajaran sebenar agama Islam sehingga menyebabkan mereka terjerumus dengan maksiat dan menghidap penyakit berbahaya tersebut.

"Saya rasa dukacitalah kerana Kelantan terkenal sebagai negeri Serambi Mekah, penuh dengan pondok-pondok tetapi oleh kerana ada yang tidak endahkan agama, maka jadilah macam ini.

"Saya termasuk ibu bapa turut risau mengenai AIDS ini. Duit kerajaan habis kerana nak buat angkara-angkara (perkara buruk)...nak seronok-seronok," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pelaksanaan Siasah Syariah Dalam Konteks Semasa Peringkat Kebangsaan 2011 di Balai Islam Lundang, di sini hari ini.

Nik Aziz berkata, sikap rakyat Kelantan yang suka berhibur di negara jiran juga sukar dikawal dan merupakan antara faktor menularnya penyakit yang tiada penawar itu.

Akhbar melaporkan jumlah penghidap HIV dan AIDS di Kelantan pada tahun lepas adalah tertinggi di Malaysia berbanding dengan negeri-negeri lain.

Menurut Kementerian Kesihatan, nisbah yang dijangkiti HIV dan AIDS di Kelantan ialah 28.8 orang bagi setiap 100,000 penduduk negeri itu.

Pemegang Amanah Majlis AIDS Malaysia Dr Illias Adam Yee dilapor berkata, jumlah jangkitan baru HIV di Kelantan dari Januari sehingga Disember tahun lepas ialah sebanyak 462 orang manakala kematian disebabkan AIDS ialah 88 orang.- Bernama

p/s:giler a diowang nie..duk politik ..kat mana nieh? tempat sendiri lagi hancur..harap kan cantik jer awek kelantan puh..susah a..kalau dah kena chop hiv..

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban