Lan A to Z tamatkan status duda

Lan A to Z tamatkan status duda

 

 

 

HULU SELANGOR 11 Nov. - Norazlan Abdul Aziz, 42, atau lebih dikenali sebagai Lan A To Z yang menduda selama lebih empat tahun, selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Siti Nur Ain Daud, 24, di sini hari ini.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Daerah Hulu Selangor, Zulkhairi Jaid di Masjid Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu, dekat sini pada pukul 11.20 pagi.
Pada majlis tersebut, pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran sebanyak RM11,111.00 iaitu sempena tarikh hari lahirnya yang ke-24, hari ini.
Lan yang dikenali melalui lagu Itik Gembo-Gembo dan Darjat memberitahu, dia mengenali isterinya itu sejak tiga tahun lepas.
"Mungkin disebabkan fobia kegagalan perkahwinan pertama membuatkan saya mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan berkahwin kali kedua.
"Harapan saya hanya satu agar perkahwinan kali ini memberikan kebahagiaan buat saya," katanya.
Sementara itu, majlis resepsi akan berlangsung di Bandar Baru Rawang, Selangor, esok.


p/s:alhamdullilah bro..semoga berbahgia sampai keanak cucu..

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban