Najib wakili Malaysia ke Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di Honolulu


HONOLULU 11 Nov. - Malaysia akan menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini dalam suasana kemelesetan ekonomi semakin buruk di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) yang dibimbangi boleh merebak ke negara-negara lain dan menjejaskan ekonomi global.
Malaysia yang diwakili oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadiri sidang ke-19 itu bermula Jumaat telah menyatakan kebimbangan berkenaan pada mesyuarat peringkat Menteri Kewangan APEC hari ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, mesyuarat itu menumpukan topik menyeimbangkan semula ekonomi, dengan negara di zon selain Eropah dan AS meneruskan langkah membangunkan negara masing-masing.
Menurutnya, adalah lebih baik jika negara-negara berkaitan mempunyai sumber baru supaya risiko dapat diminimumkan sekiranya krisis terutama di Eropah bertambah buruk.
"Kita mesti bergerak dengan melibatkan semua negara dan setiap rantau mesti membantu. Begitu juga badan dunia seperti Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) perlu segera memainkan peranan seperti yang mereka lakukan pada 1997/1998," katanya pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia pada akhir mesyuarat itu di sini.
Kebimbangan kemelesetan ekonomi dunia semakin memuncak berikutan Kesatuan Eropah sehingga kini belum mencapai kesepakatan untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi oleh Greece, Sepanyol dan Portugal.
Itali yang merupakan penyumbang keluaran dalam negara kasar terbesar di rantau itu kini turut terkena tempiasnya.
Amerika Syarikat pula mencatat pertumbuhan pada kadar 2.5 peratus pada suku ketiga iaitu masih di bawah sasaran pertumbuhan ideal tiga hingga empat peratus. Krisis ekonomi di Eropah mahupun di AS boleh menjejaskan pelaburan asing langsung serta eksport negara Asia.
Pada mesyuarat kali ini, Menteri-menteri Kewangan ASEAN turut diberi ruang mengadakan dialog dengan Setiausaha Perbendaharaan AS, Tim Geithner yang antara lain membincangkan inisiatif-inisiatif serantau yang boleh dicontohi oleh APEC.
Turut hadir pada sidang kemuncak ini ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis.
Sementara itu, Perdana Menteri yang diiringi oleh Datin Seri Rosmah Mansor akan memulakan jadual padatnya di pulau peranginan ini dengan menghadiri majlis makan malam pada Jumaat.
Pada keesokannya, Najib akan menghadiri mesyuarat pemimpin Perjanjian Perkongsian Ekonomi Strategik Trans Pasifik (TPP) yang pertama dipengerusikan oleh Presiden Barack Obama.
Beliau juga akan diberi penghormatan memberikan ucapan mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global, anjuran badan pemikir, Pusat Timur-Barat (EWC). - Utusan


p/s:wah jadi wakil bagy rakyat malaysia.."tahniah  datuk.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban