Pelbagaikan disiplin ilmu - Sultan Selangor



SULTAN Sharafuddin (kiri) mengetuk tukul sebagai simbolik perasmian serta pengisytiharan bangunan baharu Jabatan Kehakiman Syariah Selangor di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru semua pegawai Mahkamah Syariah terutama Hakim Syarie supaya melengkapkan diri dalam pelbagai disiplin ilmu sebagai persediaan menghadapi cabaran-cabaran besar.
Titah baginda, kes-kes di Mahkamah Syariah kini bukan lagi hanya tertumpu kepada kes penceraian malah melibatkan kes tuntutan harta bernilai jutaan ringgit.
Selain itu, baginda bertitah, cabaran turut membabitkan kes yang mencabar sensitiviti masyarakat seperti permohonan pengisytiharan bukan orang Islam.
"Kecekapan dan ketegasan dalam pengendalian kes akan dapat menegakkan keadilan," titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada majlis perasmian bangunan baharu Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) di Persiaran Masjid semalam.
Jakess berpindah ke bangunan baharu setinggi tujuh tingkat bernilai RM160.59 juta itu pada 18 Julai lepas dari ibu pejabat lamanya di Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Bangunan baharu di Persiaran Masjid ini menempatkan Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam serta bilik hadhanah bagi kes-kes keluarga.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban