Pengguna tolak cubaan menutup Kedai Rakyat

Pengguna tolak cubaan menutup Kedai Rakyat

 

 

 

 

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Cubaan parti pembangkang memburukkan Kedai Rakyat 1Malaysia (Kedai Rakyat) tidak menghalang pengguna untuk terus berbelanja di kedai tersebut.
Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati pengguna bukan sahaja membantah sekeras-kerasnya cubaan menutup kedai rakyat itu tetapi mahu ia dibuka lebih banyak lagi.
Mereka turut sepakat kualiti produk Kedai Rakyat juga lebih baik atau sama seperti produk lain, malah lebih selamat kerana dijamin kerajaan.
Siti Rohaya Abd. Karim, 27, berkata, dia tidak bersetuju jika ada pihak yang cuba menutup Kedai Rakyat sedangkan ia membantu mengurangkan beban golongan berpendapatan sederhana dan rendah.
"Murah tidak bermaksud produk Kedai Rakyat tiada kualiti," katanya.
Samsudin Rahmat, 48, berkata, Kedai Rakyat mampu menggelakkan pengedar atau kedai-kedai di luar menaikkan harga sesuka hati.
"Saya cadangkan setiap kawasan Parlimen dibuka satu Kedai Rakyat untuk manfaat rakyat," ujarnya.
Hairi Baharudin, 39, berharap produk Kedai Rakyat ditambah dan kualitinya ditingkatkan daripada semasa ke semasa.
"Sesetengah produk dilihat memang membantu rakyat daripada segi harga. Mungkin satu masa nanti Kedai Rakyat boleh menjual barang-barang basah," jelasnya.
Sementara itu, cubaan menutup Kedai Rakyat turut mendapat bantahan V. Kaneshraj, 21, kerana ia hanya merugikan rakyat.
"Sepatutnya pembangkang membantu rakyat mengurangkan beban dengan memperbanyak lagi Kedai Rakyat di tempat mereka," ujarnya.
Chin Anmoi, 65, berkata, produk Kedai Rakyat lebih murah berbanding di tempat lain tetapi masih mengekalkan kualiti.
"Saya rasa lebih baik ia dibuka dengan lebih banyak," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban