Rakyat diancam penyakit berjangkit

Rakyat diancam penyakit berjangkit

 

 

 

 

 

BACHOK 20 Nov. – Kajian saintifik mengenai tahap kualiti air yang didedahkan akhbar ini hari ini membuktikan rakyat Kelantan terutama golongan tua dan kanak-kanak berhadapan dengan ancaman besar penyakit berjangkit yang berpunca daripada air.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berpendapat, keputusan kajian yang mengejutkan itu berpunca daripada kelemahan pengurusan air sejak Pas mengambil alih pemerintahan negeri ini kira-kira 20 tahun lalu.
Justeru, katanya, rakyat Kelantan yang semakin terdedah kepada pelbagai ancaman penyakit itu perlu memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang untuk menyelesaikan masalah air yang berlarutan sejak sekian lama.
“Setiap kali pilihan raya umum kita (BN) kalah, kita tak dapat selesai masalah ini (air), negeri lain, Melaka umpamanya bila BN menang, banyak perkara dan masalah dapat diselesaikan.
“Justeru, saya menyeru rakyat di negeri ini supaya memberi peluang kepada BN supaya masalah air, masalah utama yang semakin berpanjangan ini dapat diselesaikan,” katanya selepas merasmikan Program Prihatin 1Malaysia di sini, hari ini.
Mingguan Malaysia hari ini mendedahkan data rasmi Panduan Industri Air Malaysia (PIAM) 2011 mengenai bekalan air bersih di seluruh negara mendapati Kelantan menduduki tempat paling bawah sehingga dilabelkan sebagai negeri yang memiliki air kurang selamat dan berisiko.
Kementerian Kesihatan menerusi uji kaji berasingan bagi tempoh 2008-2010 juga mendapati air di negeri itu mengandungi arsenik, merkuri, mangan dan plumbum iaitu logam yang memudaratkan kesihatan termasuk mengakibatkan kanser.
Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, masalah bekalan air bersih sejak 20 tahun lalu juga menyebabkan pelabur enggan datang ke negeri ini.
“Air merupakan masalah utama, kalau tak selesai, kesihatan rakyat tergugat bahkan pelaburan juga perlu bergantung pada sumber air yang bersih,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban