Rakyat merana jika Kedai Rakyat 1Malaysia dipolitik

Rakyat merana jika Kedai Rakyat 1Malaysia dipolitik

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KUALA LUMPUR 11 Nov. - Parti pembangkang digesa tidak mempolitikkan kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia kerana ia akan memberi kesan kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.
Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu berkata, sebaliknya, usaha murni itu perlu disokong kerana Kedai Rakyat 1Malaysia diwujudkan bagi membantu rakyat menghadapi kenaikan harga barang keperluan akibat ketidaktentuan ekonomi global.

"Sikap ini (mempolitikkan Kedai Rakyat 1Malaysia) tidak menguntungkan pengguna.
"Pembangkang seharusnya memberikan pandangan yang boleh menambah baik perkhidmatan itu dan bukannya mengeluarkan pandangan yang mempunyai agenda politik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas dakwaan pembangkang termasuk Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) bahawa harga barang keperluan di Kedai Rakyat 1Malaysia lebih mahal daripada pasar raya besar.
Kenyataan itu bagaimanapun dibidas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim yang menjelaskan, perbandingan oleh Nurul Izzah itu hanya melibatkan harga promosi serta harga barangan Carrefour Big Savers.
Rohani menjelaskan, penurunan harga antara 10 hingga 40 peratus di Kedai Rakyat 1Malaysia dibuat berdasarkan kepada perbandingan dengan harga di kedai biasa serta jenama pilihan pengguna lima bulan yang lalu.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Pengguna Johor, Mohammed Abd. Jalal berkata, tindakan pembangkang itu jelas menunjukkan mereka hanya mahu mencari kesalahan kerajaan.
"Kedai Rakyat 1Malaysia diwujudkan untuk membantu rakyat tanpa mengira fahaman politik.
"Barangan yang dijual di kedai berkenaan juga tidak dihadkan kepada mana-mana parti kerana niat kerajaan mahu membantu rakyat," katanya.
Dalam pada itu, Presiden Orang Kota Bharu di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, berdasarkan maklum balas diterima pihaknya, rakyat berpuas hati dengan harga dan kualiti produk Kedai Rakyat 1Malaysia.
"Warga kota sudah merasai manfaat daripada kewujudan kedai rakyat ini. Saya percaya rakyat pasti gembira sekiranya kedai ini diperluaskan ke seluruh negara," katanya
Jelasnya, tindakan pembangkang 'menyerang' Kedai Rakyat 1Malaysia jelas menunjukkan mereka kekeringan idea menarik sokongan rakyat.


p/s:ORG BONGOK POLITIK KEDAI RUNCIT ..BODOH .kedai runcit 1 malaysia untuk org malaysia bukan tempat politik .."mana punya adun yang bangang nak mampus ni..dah nampak sangat sangap kuasa"weiii belia benci la..org yang gila kuasa dan pendirian tak bertempat .akal ada ke? itu kedai runcit..bukannya..parlimen.."wak lu lah sengeetttt!!!

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban