Renang berirama sapu bersih emas

Renang berirama sapu bersih emas


Atlet renang berirama negara mengangkat jurulatih mereka, Long Yan selepas menjuarai acara rutin bebas berpasukan di Kolam Renang Jakabaring, Palembang, semalam.


PALEMBANG - Emas kelima renang berirama semalam membuktikan bahawa kita berada di kelas tersendiri dalam acara tersebut meskipun acara itu sudah 10 tahun tidak dipertandingkan.
Rutin bebas berpasukan menjadi emas kelima milik renang berirama Malaysia, semalam sekali gus menyapu bersih ke semua pingat emas yang dipertandingkan dan menjadi antara acara penyumbang emas terbanyak di Palembang.
Semalam Malaysia menghabiskan rutin dengan menduduki tempat pertama mencatat 75.363 mata mengetepikan Singapura di tempat kedua (73.101) dan tuan rumah meraih pingat gangsa (71.713.
Jurulatih skuad renang berirama negara, Long Yan, dia amat gembira dengan pencapaian anak-anak buahnya walaupun pada hakikatnya menyedari peluang untuk melayakkan ke Sukan Olimpik 2012 London agak sukar.
"Kita berada tahap terbaik di Sukan SEA tetapi agak sukar untuk ke peringkat yang lebih besar mungkin pada Sukan Olimpik 2016 Brazil kita mempunyai peluang tetapi bukan di London. Acara yang kita mempunyai peluang ialah duet," katanya.
Jurulatih dari China itu, berkata, Malaysia juga perlu menjaga status di Sukan SEA sebaik mungkin kerana dua tahun kebelakangan ini Singapura menunjukkan peningkatan dalam acara duet dan berpasukan pula Thailand.
"Selepas ini saya akan menumpukan kepada Kejohanan Dunia Remaja, Ogos tahun depan," kata jurulatih yang mula melatih pasukan renang berirama Malaysia sejak 2009. - Utusan

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban