Susu: Tony perlu kemuka hasil ujian makmal

Susu: Tony perlu kemuka hasil ujian makmal

 

 

 

 

 

 

 

 

KUALA LUMPUR 11 Nov. - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencabar Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengemukakan keputusan ujian makmal yang mendakwa kononnya susu segar dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (Kedai Rakyat) dicemari bakteria E-Coli.

Katanya, pakatan pembangkang sentiasa berniat jahat dan berterusan memburuk-burukkan Kedai Rakyat dengan pelbagai fitnah.
"Inilah jahatnya pembangkang, apabila kerajaan sediakan alternatif terbaik untuk mendapatkan produk murah kepada rakyat, mereka buat pelbagai cerita bohong. Mereka tidak mahu rakyat beli di kedai yang murah.
"Jika benar, mereka perlu dedahkan keputusan ujian makmal tersebut. Kementerian pun tidak pernah mengetahui perkara tersebut kerana belum pernah melakukan sebarang ujian,'' katanya selepas merasmikan projek pemodenan bengkel automotif (ATOM) di bengkel Speedlodge di sini, hari ini.
Ismail Sabri berkata, sehingga kini sejumlah 444 permohonan telah diterima bagi menyertai program ATOM yang melibatkan RM35.8 juta jumlah pinjaman.
Majlis itu dihadiri Pengarah Automative Aftersale Industry, Choo Chee Seng.
Pada sidang akhbar Pua, ia turut dihadiri Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad di Bandar Tun Razak hari ini.
Pua mendakwa produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia menyalahi undang-undang serta ada yang berbahaya kepada pengguna.
Pua bagaimanapun enggan mendedahkan makmal yang terlibat, sebaliknya sekadar menegaskan bahawa mereka boleh dipercayai.


p/s: lagi anak apek ni was kontroversi~lol cari publisiti murahan lagi ..ni..

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban