Tiga anggota polis cedera ditembak pengganas Boko Haram


28/11/2011 2:32am

KANO 28 Nov. - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk tiga anggota polis mengalami kecederaan selepas ditembak oleh beberapa ahli kumpulan pengganas Boko Haram ketika menyerang sebuah balai polis, bank dan bar, semalam.
Seorang pegawai kanan Keselamatan dan Pertahanan Awam Nigeria di Geidam berkata, lelaki-lelaki bersenjata itu melakukan serangan bom dan senjata api ke atas sebuah balai polis dan bar di bandar Geidam, 160 kilometer dari Damaturu.
“Tiga anggota polis mengalami luka tembakan dan seorang penduduk tercedera semasa lari menyelamatkan diri,” katanya.
Tambahnya, keempat-empat orang itu kini sedang dirawat di hospital. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban