UMNO Kelantan bawa usul ekonomi, agama ke Perhimpunan Agung UMNO


BACHOK 27 Nov. - UMNO Kelantan akan membawa usul ekonomi dan agama pada Perhimpunan Agung UMNO bermula Selasa ini.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, pihaknya sudah melantik tiga tokoh berpengalaman untuk mengemukakan usul tersebut dalam konteks negeri Kelantan, lengkap dengan hujah dan fakta berkaitan kedua-dua bidang berkenaan.
"Mereka ialah Datuk Hanafi Mamat (Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas merangkap Bendahari UMNO Kelantan) yang diamanahkan untuk membawa usul ekonomi, Mohd. Affandi Yusoff (Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang merangkap Exco Pemuda UMNO) akan membahaskan bidang keagamaan dan Alwi Che Mat (Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh) dipertanggungjawabkan membahaskan usul ucapan Presiden," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, ketiga-tiga pembahas itu telah diminta merangka persiapan yang selari dengan kehendak rakyat Kelantan.
Katanya, fokus utama perbahasan yang melibatkan bidang ekonomi adalah persoalan berkisar kenapa dan bagaimana UMNO perlu melaksanakan pendekatan agar ekonomi Kelantan yang kini jauh ketinggalan dari segenap segi berbanding dengan negeri lain dapat dibangunkan.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban