Warga emas cekup dua penyamun

Warga emas cekup dua penyamun

 

 


















KUALA LUMPUR 6 Nov. - Seorang lelaki warga emas berjaya menumpaskan dua penjenayah selepas mengejar dan merempuh motosikal yang dinaiki kedua-dua suspek dengan keretanya sejurus selepas mereka menyamun mangsa di Jalan Ipoh, awal pagi semalam.
Kejadian berlaku pukul 4 pagi semasa mangsa berusia 64 tahun memandu kereta Honda Accord sebelum tiba-tiba dihimpit dua suspek terbabit menaiki sebuah motosikal di Jalan Parlimen di sini.
Kedua-dua suspek berusia 32 dan 42 tahun lalu mengarahkan mangsa berhenti kerana kononnya warga emas itu telah melanggar motosikal mereka.
Mangsa kemudian berhenti dan keluar dari keretanya untuk pemeriksaan namun tanpa disangkanya, kedua-dua suspek merampas telefon bimbit dan wang tunai RM30 milik mangsa dan melarikan diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, mangsa yang tidak berpuas hati mengejar suspek sehingga ke Jalan Ipoh di sini dan sejurus tiba di Hotel Dynasty, warga emas itu melanggar motosikal kedua-dua lelaki tersebut.
"Kedua-dua suspek yang terjatuh bertindak memecahkan cermin depan dan belakang kereta mangsa dengan menggunakan topi keledar.
"Polis yang tiba di lokasi kejadian lalu memberkas kedua-dua suspek," katanya ketika ditemui selepas Majlis Korban Hari Raya Aidiladha di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini hari ini.
Menurut Zakaria, pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek yang berasal dari Ampang dan Batu Caves, Selangor itu tidak memiliki rekod jenayah.
Jelas beliau, siasatan mendapati motosikal digunakan adalah kenderaan curi dan mereka ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.
Sementara itu, pada majlis berkenaan, sebanyak enam ekor lembu telah disembelih dan diagihkan kepada kira-kira 150 anggota dan pegawai IPD Sentul.


p/s: kenapa jalan begini yang dipilih.kenapa org muda lebih suka bertindak mengikut sendiri tanpa memikirkan hati org tua? pelik-pelik..org tua pun nak samun ke? kalau kena langgar mati mak yah korang mesti malu ..sebab org sekeliling akan kata mereka lahir kan anak peragut atau pencuri.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban