Ketua masyarakat perlu uar-uar BR1M





KUALA LUMPUR 12 Dis. - Pemimpin di peringkat masyarakat harus memainkan peranan dalam mengedarkan borang serta memberitahu kepada orang ramai mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya tiada yang layak terlepas daripada menerima bantuan tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Templer, Datuk Subahan Kamal berkata, bagi memastikan tiada yang tercicir daripada menerima bantuan tersebut, pemimpin masyarakat seperti wakil rakyat, ketua kampung serta imam masjid diminta memainkan peranan mereka dengan menyebarkan perkara itu.
Katanya, bagi kawasan beliau, selain daripada melalui pemimpin-pemimpin ini, mereka juga turut menaikkan kain rentang bagi memberitahu tempat di mana borang permohonan bantuan BR1M boleh diperoleh.
"Setakat ini, maklum balas yang diberikan amat baik sekali dan sudah ramai yang telah mengambil borang serta membuat permohonan.
"Rakyat sememangnya sudah lama menunggu bantuan ini dan ia patut diteruskan pada masa hadapan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mewakili Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin ke Majlis Berkhatan, Penyampaian Sumbangan dan Kenduri Pemimpin Bersama Rakyat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri di Kepong semalam.
Majlis khatan anjuran bersama Persatuan Penduduk PPR Intan Baiduri dan Rukun Tetangga dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tersebut telah disertai 54 orang kanak-kanak yang berumur antara 5 hingga 12 tahun.
Kanak-kanak termuda yang menyertai majlis itu, Mohd. Nabil Mohd. Nasir, 5, berkata, dia tidak berasa takut untuk dikhatankan kerana diberitahu seperti digigit semut sahaja.
"Saya sendiri yang mahu bersunat sebab orang cakap tidak sakit dan seperti digigit semut.
"Rasa seronok kerana dapat mandi beramai-ramai dan dapat cenderamata," ujarnya.
Sementara itu, ibunya, Shadliza Dali, 35, berkata, anak lelaki sulungnya itu sudah beria-ia untuk menyertai majlis berkhatan sejak tahun lepas lagi.
"Mungkin sebab dia banyak berkawan dengan kanak-kanak yang lebih tua daripadanya dan mereka memberitahu bahawa berkhatan ini tidak sakit yang membuatkan dia dengan sendiri hendak berkhatan," jelasnya.

p/s:bantuan yang dikeluarkan tanpa memilih bulu ..~org macam ni kalau ada benda free jer datang"lain hal"tak nampak bayang .. tapi still yang diperkatakan ialah kerajaan still tidak baik lah ..dan pelbagai lagi ..

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban