Kursus bonsai herba di UKM
















KUALA LUMPUR 12 Dis. - Orang ramai dipelawa menyertai Kursus Bonsai Herba yang akan diadakan di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 20 Disember ini.
Kursus anjuran Hijauan Emas dengan kerjasama Taman Herba, UKM dan Inapan Akademi Bonsai itu antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kaedah menggubah pokok herba menjadi pokok bonsai.
Kenyataan akhbar penganjur di sini hari ini memaklumkan, peserta kursus itu juga akan diberi pendedahan mengenai industri bonsai di peringkat global yang menunjukkan kegiatan itu dapat dimanfaatkan sebagai sumber ekonomi selain sebagai hobi semata-mata.
Penyertaan terbuka kepada individu, organisasi, agensi kerajaan dan pihak swasta. Yuran penyertaan merangkumi makanan, peralatan kursus, sijil penyertaan dan bonsai yang telah siap dihasilkan.
Bagi yang berminat boleh menghubungi Shuhada di talian 012-678 7672 atau emel kepada aznien@yahoo.com untuk keterangan lanjut.

p/s:pada pecinta-pecinta tanaman bonsai boleh lah belajar kaedah penanaman yang betul ..meh ramai2..

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban