SKM sasar jual jenama COOP 1M


ALOR SETAR 12 Dis. - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyasarkan untuk menukar 20 kedai runcit tradisional di negeri ini menjadi kedai runcit moden yang menjual produk-produk jenama COOP 1M.
Timbalan Pengarah (Bahagian Pembangunan Perniagaan) SKM, Jamaliah Ismail berkata, produk COOP 1M adalah rangkaian barangan kegunaan harian yang kebanyakannya adalah keluaran koperasi dan usahawan tempatan yang dikumpul dan dibungkus semula serta diedarkan oleh Felda Trading Sdn. Bhd. (FTSB).
"Memorandum persefahaman (MoU) antara FTSB dengan SKM telah termeterai sejak 2010 dan FTSB telah dilantik sebagai konsultan untuk melaksanakan projek perintis Transformasi Kedai Runcit (Tukar) ke atas kedai-kedai runcit milik koperasi.
"Sekarang ini di Kedah ada empat kedai runcit yang menjual produk-produk COOP 1M dan tahun depan pihak kami sasarkan sekurang-kurangnya 20 kedai runcit di negeri ini menjual produk COOP 1M," katanya selepas majlis taklimat produk COOP 1M di sini, hari ini.
Menurutnya, sehingga kini terdapat kira-kira 24 jenis produk jenama COOP 1M di pasaran dan pihaknya akan memasarkan 150 produk jenama COOP 1M tahun depan.
"Produk COOP 1M ini bukan saingan kepada produk-produk yang dijual Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M). Misi utama kami adalah untuk menyahut usaha kerajaan meringankan beban rakyat akibat kenaikan harga barang keperluan dan kos sara hidup rakyat," katanya.
Menurut Jamaliah, produk jenama COOP 1M adalah alternatif kepada barangan berjenama yang ada di pasaran.
"Dengan kualiti dan penampilan yang setanding dengan produk daripada jenama ternama, produk jenama COOP 1M menawarkan harga yang lebih murah iaitu antara 30 hingga 40 peratus dan tidak perlu diragui status halal," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban