Kereta dibekal elektrik dari rumah



Kereta elektrik Nissan Leaf yang sedang dicaj semula bukan sekadar memenuhi keperluan pengangkutan tetapi juga pelengkap kepada pembentukan Smart City pada masa depan.


RAMAI yang menyangka kewujudan kenderaan elektrik atau EV lebih menjurus kepada memenuhi keperluan pengangkutan.
Tanggapan itu sebenarnya kurang tepat kerana kenderaan itu hanya sebahagian daripada infrastruktur elektrik dalam usaha ke arah membangunkan sebuah masyarakat yang bebas pelepasan karbon dioksida.
EV dilihat sebagai membantu penduduk setempat tinggal dalam persekitaran yang efisien dan gaya hidup mesra alam yang dikenali sebagai 'Smart City'.
Fenomena Smart City ini menyaksikan kehadiran bangunan pintar yang menjana keperluan tenega elektrik menggunakan tenaga solar dan EV pula menjadi pelengkap untuk mencapai kecekapan tenaga secara maksimum.
Malah, terdapat perancangan tentang mewujudkan perkongsian EV dalam kawasan perumahan pintar yang setempat.
Nissan, sebuah syarikat kereta terkemuka dari Jepun, sebagai contohnya telah mempertaruhkan kereta model Nissan Leaf sebagai perintis kepada usaha berkenaan.
Bagaimanapun barisan baharu EV dilihat bakal menjadi kenyataan dalam jangka masa terdekat bukan hanya datang daripada Nissan tetapi juga para pengeluar kenderaan Jepun lain.
Kereta Nissan Leaf, misalnya telah dirintis bukan hanya untuk tujuan pengangkutan di negara matahari terbit tetapi juga menyalurkan tenaga elektrik untuk kegunaan di rumah.
Dengan menggunakan sistem Leaf to Home, tenaga elektrik yang disimpan dalam bateri kereta mampu untuk menjana elektrik untuk rumah bersaiz biasa selama dua hari sekiranya berlaku gangguan elektrik.
Penggunaan EV yang boleh dicas di rumah, tidak memerlukan sedikit pun minyak, selain lebih senyap memastikan tidak berlaku pencemaran bunyi dan alam sekitar.
Di Jepun, para pemilik Nissan Leaf boleh mengecas kereta mereka kesemua 2,200 buah pengedar, yang mana sebanyak 200 lokasi pengecas pantas disediakan.
Malah, Nissan dilaporkan akan menggandakan bilangan pengecas pantas sehingga 400 pada tahun ini untuk menambah baik infrastruktur dan meningkatkan keselesaan pemandu.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada langkah berkenaan adalah berkait rapat dengan usaha mewujudkan stesen pengecas yang mendapat tenaga elektrik daripada solar.
Berdasarkan usaha gigih yang dilakukan di negara matahari terbit tenaga solar, bateri sel bahan api dan EV akan menyediakan aliran tenaga elektrik yang stabil tanpa mengira waktu dan masa terutama ketika berlaku gangguan dan bencana alam.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban