Program Usahawan Trampil (UTRA)


Program Usahawan Trampil (UTRA) adalah sebuah program yang diwujudkan sebagai kesinambungan kepada latihan kemahiran dan latihan asas perniagaan untuk bakal usahawan bagi menceburi bidang perniagaan.
  • Objektif program ini ialah untuk meningkatkan bilangan usahawan Bumiputera yang berkualiti, berdaya saing dan berdaya tahan dalam semua sektor sama ada di dalam negeri mahu pun di luar negara dan bagi memastikan jaminan bekalan makanan negara dapat dipenuhi.
  • Di bawah program ini, Skill-Tech bukan sahaja menyediakan latihan tetapi turut membantu pelatih dalam urusan pendaftaran perniagaan serta mendapatkan pinjaman perniagaan dari institusi kewangan tertentu.
  • Program ini akan membantu usahawan muda Bumiputera meneroka pelbagai sektor industri, terutamanya dalam sektor makanan dan pertanian kerana masih banyak produk pertanian yang masih diimport dari luar negara.
  • Semasa pelancaran Program Usahawan Terampil (UTRA) pada 6 Ogos 2009, di Putrajaya, Timbalan Menteri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Jacob Dungau Sagan berkata,
"Industri makanan termasuk yang berkaitan buah-buahan mempunyai potensi eksport yang tinggi sekiranya usahawan berkenaan memperbaiki kualiti dan penjenamaan mereka kerana untuk menembusi pasaran antarabangsa, produk kita perlu mencapai syarat kualiti yang tinggi seperti yang ditetapkan oleh negara pengimport. Program UTRA adalah program terbaik bagi memastikan negara mempunyai usahawan yang boleh mengeluarkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti dan memenuhi permintaan pasaran".



































Majlis Pelancaran Program Usahawan Terampil (UTRA) pada 6 Ogos 2009, di Putrajaya dirasmikan oleh Timbalan Menteri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Jacob Dungau Sagan.



Galeri

 










Sebahagian penerima sijil










Penerima Sijil UTRA Skill-Tech























Pelatih Skill-Tech di Majlis Pelancaran Program Usahawan Terampil (UTRA)










Kumpulan Penari Tradisional yang dianggotai oleh pelatih Tahap 2 Skill-Tech




Kelab Seni Muzik Skill-Tech












Dato Jacob melawat pameran pelatih Skill-Tech













Pelatih Skill-Tech yang menyertai Program UTRA bersama kakitangan

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban