Raptai tidak jejas aliran trafik



Sebahagian daripada peserta menjalani raptai di Dataran Merdeka semalam untuk persediaan sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 25 Jan. - Penutupan beberapa jalan menghala ke Dataran Merdeka bagi memberi laluan kepada raptai sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012 tidak menjejaskan aliran trafik di sekitar ibu kota.
Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Rusli Mohd. Noor berkata, keadaan trafik setakat ini terkawal dan hanya beberapa laluan bergerak perlahan.
"Setakat ini, penutupan jalan yang kita lakukan belum menyebabkan kesesakan yang ketara, mungkin orang ramai masih belum pulang dari bercuti," katanya ketika dihubungi.
Rusli berkata, cuma dua jalan ditutup hari ini iaitu Jalan Raja dan Jalan Hishamuddin, namun kemungkinan besar lebih banyak jalan ditutup esok sempena raptai penuh sambutan itu.
Hari Wilayah Persekutuan yang disambut setiap 1 Februari diraikan lebih awal kali ini iaitu pada 28 Januari ini. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban