Rozita Che Wan elak bermadu



MAHU tumpukan perhatian kepada bidang perniagaan.




































KECANTIKAN wajahnya sentiasa menjadi dambaan lelaki tak kira tua mahupun muda. Namun tidak dinafikan wujud perasaan cemburu pada sesetengah peminat wanita.
Masakan tidak pada usia 38 tahun, pelakon yang mendapat jolokan 'artis bergetah', Rozita Che Wan terus anggun dan mudah mencairkan hati lelaki.
Biarpun begitu, Rozita memberitahu, dia tidak mahu terburu-buru dalam memilih pasangan hidup walaupun telah sembilan tahun memegang status ibu tunggal.
Malah tegas aktres cantik itu, dia tidak akan sesekali merampas hak orang lain demi kebahagiaan dirinya.
"Pilih suami bukan perkara mudah untuk saya dan saya memang sangat berhati-hati dalam memilih perkara yang satu ini.
"Jadi saya rasa wanita di luar sana tidak perlu untuk mencemburui saya kerana saya tidak akan sesekali merampas hak milik orang lain," katanya yang ditemui ketika hadir memenuhi undangan untuk Jom Chat Bersama... di ibu pejabat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad baru-baru ini.
Sering dikaitkan bercinta dengan jejaka yang jauh lebih muda dari usianya, menurut Rozita, bukan niatnya memilih lelaki muda sebagai buah hati.
Bagi Rozita sendiri, dia senang memilih untuk berkawan dengan lelaki bujang kerana tidak mahu dituduh sebagai perampas.
"Pilihan saya bukan semestinya lelaki muda. Mungkin ini adalah secara kebetulan sahaja.
"Bagaimanapun saya akui saya agak cerewet di dalam memilih teman hidup," katanya yang sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan juara Akademi Fantasia 8, Shahir dan terbaru, aktor muda, Zain Saidin.
Besar kepala
Tidak dinafikan, perjalanan seni Rozita juga agak berbeza daripada pelakon wanita lain apabila hanya aktif dalam dunia lakonan pada usianya mencecah awal 30-an.
Biarpun kelihatan sedikit lewat namun pembabitan Rozita memberi kesan kepada industri seni tanah air dan tawaran lakonan terus mencurah-curah sehingga kini.
Percaya dengan kemampuannya sebagai pelakon, wanita cantik itu khabarnya sudah mula besar kepala apabila dikatakan mula meminta bayaran tinggi.
"Saya percaya dengan komitmen yang mampu saya berikan. Jadi rasanya tidak salah untuk saya meminta bayaran yang setimpal.
"Bagi saya sendiri ini merupakan masa yang sesuai untuk meletakkan harga untuk setiap kerja saya memandangkan saya masih diterima di dalam industri.
"Sebagai pelakon saya tahu saya tidak selamanya mampu berada di tahap saya berada kini," katanya.
Ibu kepada dua anak bujang Ammar Effendy, 16, dan Aniq Ezzra, 14, juga menegaskan pembabitannya dalam dunia seni bukan untuk mencari glamor dan populariti semata-mata.
"Tujuan utama saya memasuki dunia lakonan adalah untuk mencari rezeki yang halal untuk anak-anak saya," kata pelakon yang berasal dari Kedah itu lagi.
Sesuai dengan umurnya kini, Rozita juga memberitahu, dia semakin matang memikirkan arah tuju hidupnya. Sedar akan kegemilangan yang dikecapi seorang anak seni itu akan hilang suatu hari nanti, Rozita kini sedang berjinak-jinak untuk meluaskan rezekinya ke dalam bidang perniagaan.
"Mungkin pada tahun ini saya akan melancarkan jenama tudung saya sendiri, Padussi yang bermaksud wanita dalam bahasa Minang.
"Perniagaan ini juga akan disertai adik beradik saya yang lain," katanya yang akan turut mereka sendiri tudung jenamanya itu.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban