Tekan butang untuk selamatkan diri




PADA malam itu, Ivy Cheah, 29, pulang dari tempat kerja yang terletak di pusat beli-belah Jaya One, Petaling Jaya, Selangor. Ketika melalui lebuh raya, tiba-tiba tayar keretanya pancit sehingga memaksa dia ke tepi jalan.
Dalam keadaan cemas, dia yang sedikit panik segera mengeluarkan telefon pintarnya lantas menekan butang Emergency Assistance and Response Services (EARs) berwarna merah.
Selang beberapa minit, abangnya menelefon Ivy bagi mendapatkan kepastian situasi sebenar. Menurut Ivy, jika tiada perkhidmatan butang EARs, sudah tentu dia memerlukan lebih banyak masa untuk meminta bantuan termasuk memberitahu lokasi sebenar.
Perisian EARsAlert2 adalah sebuah perkhidmatan pertolongan yang perlu dimiliki oleh setiap individu terutama golongan wanita. Ia terbahagi pada dua bahagian iaitu perlindungan keselamatan diri dan automotif.
Cara ia berfungsi sangat mudah iaitu selepas butang ditekan. Dalam masa lima saat, sistem amaran automatik berfungsi serta-merta. Perisian EARs boleh dimuat turun secara percuma di iTunes.
Pengguna yang menggunakan telefon dualband, mereka boleh membuat panggilan ke talian 1300-22-0123 untuk mengaktifkan butang kecemasan EARs.
Menurut Pengarah EARs, Edwin Ong, 28, selepas tempoh lima saat berlalu, satu sistem pesanan ringkas (SMS) dihantar kepada lima buah nombor panggilan yang telah diberikan oleh pengguna.
“Nombor-nombor tersebut boleh dikemaskini pada bila-bila masa bergantung kepada keperluan pengguna berdasarkan waktu dan lokasi terkini,” kata Edwin ketika ditemui Kosmo!
Para operator seramai lima orang dalam satu-satu masa akan membuat panggilan susulan terhadap semua nombor bagi memastikan SMS dihantar telah dibaca.












































Kandungan panggilan telefon dan SMS yang dibuat oleh petugas operator 24 jam itu mengandungi jenis kecemasan yang dihadapi dan kedudukan pengguna.
Tidak perlu risau jika mengalami kesusahan pada waktu malam kerana operator akan bertugas mengikut tiga waktu shift yang berbeza dan mereka akan memastikan sekurang-kurangnya salah satu pemilik nombor mengetahui situasi kecemasan yang dihadapi pengguna.
Selain kemalangan atau kerosakan kereta, satu lagi fungsi yang sangat baik adalah untuk perlindungan terhadap keselamatan diri. Ia terbukti melalui statistik pada tahun 2007 dengan peningkatan kes jenayah sebanyak 15.74 peratus atau 198,622 kes.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 590 kes pembunuhan dan 3,176 kes rogol dilaporkan. Menurut Edwin, aplikasi EARs bukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang telah terjadi tetapi, lebih kepada mengelakkan sesuatu perkara tidak baik berlaku,
Versi kedua
Perisian itu menyamai konsep filem cereka Hollywood berjudul Minority Report lakonan Tom Cruise, cuma tidak terlalu kompleks dan beroperasi dengan cara yang mudah.
Jika anda seorang wanita muda yang sedang dalam perjalanan balik ke rumah pada waktu malam dan mendapati keselamatan terancam kerana diekori dengan orang yang menunjukkan ciri-ciri seorang penjahat.
Ambil telefon bimbit anda dan tekan butang EARs. Dalam masa kurang 10 saat, rakan-rakan yang anda percayai akan cuba menyelamatkan anda.
Terlibat dalam bidang automotif selama 11 tahun, Edwin telah berdepan dengan pelbagai masalah melibatkan rakan-rakannya dan para pelanggan.
Melalui pemerhatiannya, kaum wanita sering mengalami serangan panik tatkala berdepan masalah itu dan ia menjadi lebih rumit apabila mereka tidak boleh memberikan kedudukan sebenar.
Pada tahun 2009, Edwin telah berjaya mencipta versi pertama EARs tetapi, ia kurang efisien kerana penggunaannya tidak sesuai dengan telefon pintar.





PERISIAN EARs kini lebih mesra pengguna.










































p/s:hope diorg akan create application nie ke highest potential "ada gps locator and response"yang mana response  team akan datang serta-merta.mana lah tau "di tengah hutan ke"kawasan black area"yang banyak kes samun"kena lak perempuan yang bawa kereta.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban