Ahmadinejad ketuai majlis memasukkan rod tenaga nuklear
















Ahmadinejad


TEHERAN 16 Feb. - Presiden Mahmoud Ahmadinejad semalam mengetuai majlis memasukkan pengeluaran rod tenaga nuklear pertama buatan Iran ke dalam reaktor penyelidikan Teheran.
Pengeluaran rod tenaga nuklear itu disifatkan sebagai kejayaan teknikal Iran, yang menunjukkan Republik Islam itu telah pakar dalam semua aspek rangkaian bahan bakar nuklear walaupun menerima sekatan kuat daripada Barat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Majlis yang disiarkan secara langsung di televisyen kerajaan itu menunjukkan Ahmadinejad, Ketua Pertubuhan Tenaga Atom, Fereydoon Abassi Davani dan beberapa pegawai lain yang kesemuanya memakai kot putih berada di dalam reaktor sambil menyaksikan rod bersalut logam itu dimasukkan ke dalam kemudahan-kemudahan kolam.
Siaran televisyen itu kemudiannya menyiarkan gambar-gambar empat saintis Iran, tiga daripadanya penyelidik nuklear, yang dibunuh oleh penyerang yang tidak dikenali di Teheran sepanjang dua tahun lalu.
Sementara itu Davani dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen kerajaan berkata, Iran telah mengaktifkan generasi baru alat pemusing di loji nuklearnya di Natanz yang akan meningkatkan kecepatan aktiviti pengayaan uranium.
Menurut agensi berita Fars, pemusing itu diperbuat daripada fiber karbon dan merupakan keluaran tempatan. – AFP

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban