Tanggungjawab bersama



Dr. Abdul Latiff Ahmad (kiri) beramah mesra bersama anggota tentera yang hadir sewaktu membuat lawatan di Kem 8 Briged, Pengkalan Chepa, Kelantan, kelmarin.



KOTA BHaRU 23 Feb. - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bekerja keras memastikan sempadan negara tidak dibolosi bagaimanapun amalan masyarakat di Selatan Thailand yang mudah memiliki senjata api menyebabkan usaha untuk mengawalnya daripada memasuki negara ini amat sukar.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad berkata, sehubungan itu, peranan untuk mengawal penyeludupan itu tidak boleh disandarkan sepenuhnya kepada negara ini semata-mata kerana kerajaan Thailand sendiri perlu bertanggungjawab menjaga sempadan mereka.
''Kita ada platform kerjasama antara kedua-dua negara dan saya rasa perkara inilah yang dibincangkan oleh kedua-dua negara ketika pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra.


''Semua orang ada senjata jadi kalau barang-barang seludup itu boleh merentasi sempadan dengan mudahnya di Sungai Golok, jadi tidak mustahil senjata api juga boleh diseludup," katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan di Markas 8 Briged Kem Pengkalan Chepa di sini semalam.
Hadir sama Komander Pengkalan Udara Gong Kedak, Brigedier Jeneral Mohd. Faudzi Ahmad dan Ketua Staf Markas 8 Briged, Leftenan Kolonel Mohd. Tahar Abdul Razak.
Dr. Abdul Latif diminta mengulas mengenai kawalan di sempadan Malaysia-Thailand ekoran beberapa kejadian tembakan yang berlaku di negeri ini menyebabkan timbul persoalan bahawa penyeludupan senjata api semakin berleluasa.
Mengulas lanjut katanya, ATM sentiasa memastikan kawalan di sempadan negara ketat dengan menempatkan seramai 4,000 anggotanya daripada Rejimen Sempadan pada setiap masa untuk berkawal di sempadan Malaysia-Thailand dari Bukit Kayu Hitam, Kedah sehingga ke Pengkalan Kubor di sini yang panjangnya mencecah 515 kilometer.
"Hendak menjaga sempadan ini tidak ada masalah sama ada yang berpagar atau tidak tetapi selagi dia dijaga oleh manusia pasti ada kelemahan tambahan pula di sana tidak aman.
"Bukan sahaja senjata api tetapi macam-macam. Ini adalah trend baru dan ancaman baru iaitu kita berhadapan dengan keganasan, penyeludupan baru dan penyeludupan manusia tetapi tidak bermakna kita tidak mengawalnya langsung," jelas beliau.

Comments

Popular posts from this blog

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban

Ramai tahu perangai buruk Azmin