Tunggu ujian DNA untuk sahkan Zulkifl maut - Hishammuddin



































PUTRAJAYA 9 Feb. — Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata hanya keputusan ujian DNA dapat mengesahkan kematian rakyat Malaysia yang didakwa terbunuh akibat serangan ke atas persembunyian kumpulan Abu Sayyaf, di Sulu, wilayah selatan negara itu Rabu lepas.
"Ia agak rumit. Mereka yang terselamat dalam serangan itu mungkin mengebumikan mereka yang terkorban. Kami perlu memadankan DNA dan ia merupakan satu proses yang panjang dan teliti,” katanya.
Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Penolong Pesuruhjaya Mengenai Perlindungan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) Erika Feller di pejabatnya di sini hari ini.
Hishammuddin berkata, orang ramai kadang-kala tidak memahami proses pemadanan DNA yang perlu dilalui oleh pihak berkuasa seperti polis dan kementerian apabila insiden seumpamanya berlaku.

Sebelum ini, tentera Filipina mengumumkan warga Malaysia, Zulkifli Abdul Hir@Marwan yang juga pemimpin kanan Abu Sayyaf dan Jemaah Islamiyah Singapura adalah antara yang terbunuh.
Akhbar hari ini melaporkan, pasukan khas dan forensik Polis Diraja Malaysia berada di Filipina bagi mengesahkan kematian Zulkifli selain dua anggota Darul Islam Sabah, Amin Bacho dan Jeknal Adil.
Hishammuddin juga tidak menolak kemungkinan lebih daripada seorang rakyat Malaysia yang terkorban, namun enggan mengulas lanjut. — BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban