Menang tanpa pesta gol

Menang tanpa pesta gol


PEMAIN skuad kebangsaan meraikan jaringan ketika menentang Ukraine pada Kejohanan Hoki Kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Stadium Hoki Nasional Kolej Universiti Dublin, Ireland semalam. – www.malaysianhockey.blogspot.com


DUBLIN, Ireland – Skuad negara meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan Ukraine 5-1 dalam Kejohanan Hoki Kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Stadium Hoki Nasional Kolej Universiti Dublin (UCD) di sini, semalam.
Tiga jaringan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil (minit 26), Hafifihafiz Hanafi (minit 32), Muhammad Razie Abd Rahim (minit 48), Muhamad Amin Rahim (minit 60) dan Mohamad Sukri Abd. Mutalib (minit 69) melegakan skuad kebangsaan manakala gol sagu hati Ukraine dihasilkan Viacheslav Paziuk (minit 57).
Permulaan babak pertama menyaksikan Ukraine yang cuba mencari penawar selepas dibelasah 12-0 oleh Ireland kelmarin, cuba mengekang setiap pergerakan skuad negara.
Bagaimanapun, jaringan padang Tengku Ahmad Tajuddin memberi pada minit ke 26 menyemarakkan semangat skuad negara untuk terus memberi tekanan kepada Ukraine.
Akhirnya selepas asakan bertali arus, gol kedua muncul apabila tolakan Nabil Fiqri Mohd. Noor mudah dikuis masuk Hafifihafiz pada minit ke 32 untuk kedudukan kekal Malaysia mendahului 2-0 sehingga berakhir babak pertama.
Bermula babak kedua pula, skuad kebangsaan meneruskan asakan ke kubu Ukraine menerusi beberapa serangan merbahaya dengan gerakan lebih tersusun memaksa pertahanan Ukraine memberi ruang kepada Malaysia.
Akhirnya, Malaysia mendapat lagi pukulan sudut penalti yang begitu mudah disempurnakan Muhammad Razie pada minit ke 48.
Bagaimanapun Ukraine tidak mahu mengalah dan memperoleh jaringan pukulan sudut penalti daripada Viacheslav pada minit ke 57 sebelum Muhamad Amin memastikan Malaysia menambah gol minit ke-60.
Ia terus membakar semangat Malaysia yang dahagakan jaringan sehingga memberi tekanan kepada pertahanan lawan sehingga terpaksa melakukan kesilapan untuk skuad kebangsaan dihadiahkan pukulan penalti dua minit sebelum permainan berakhir.
Mohamad Sukri Abd. Mutalib mudah menolak masuk untuk Malaysia mencatat kemenangan 5-1. – UTUSAN



Related Posts :INFO SUKAN

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban