RM150j naik taraf Lebuh Raya Pasir Gudang

naik taraf Lebuh Raya Pasir Gudang




























JOHOR BAHRU 10 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta bagi fasa pertama projek menaik taraf Lebuh Raya Pasir Gudang daripada empat kepada enam lorong.
Perdana Menteri berkata, projek sejauh lapan kilometer itu bermula dari persimpangan Kangkar Tebrau ke persimpangan Plentong.
"Projek fasa pertama ini akan dijalankan secepat mungkin. Projek fasa kedua pula kita akan laksanakan kemudian, mungkin selepas Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya pada majlis ramah mesra bersama rakyat di Setia Indah yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, dekat sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tebrau, Datuk Maulizan Bujang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram; Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan ADUN Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman.

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban