Wasiat Rano kepada Raka

Wasiat Rano kepada Raka

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JAKARTA 13 Mac - Rano Karno (gambar), aktor yang pernah menempa kemasyhuran pada era 1980-an tidak dapat menyembunyikan kekecewaan dengan berita penangkapan anaknya, Raka Widayarma kerana memiliki dadah.
Biar sekalipun Raka hanyalah anak angkatnya, Rano terlalu bersedih dengan apa yang menimpa Raka.
Selama ini Rano yang tidak memiliki anak kandung bergantung harapan masa depannya kepada Raka.
Justeru, sebelum beliau 'menutup mata', Naib Gabenor Banten itu meninggalkan wasiat untuk disempurnakan Raka.
"Biarlah ketika jenazah saya diusung ke tanah kubur satu hari nanti, Raka akan menyempurnakan tanggungjawab mengazankan jenazah saya," kata Rano.
Sebanyak tiga kali wasiat itu terhambur dari mulut Rano semasa pertemuan beliau dengan wartawan di kediamannya di Kompleks Perumahan Karang Tengah Indah, Cinere, Jakarta Selatan pada hujung minggu lalu.
"Jangan sampai kamu mati dulu sebelum saya, kerana saya ingin sekali kamu (Raka) mengazankan (jenazah) saya.
"Saya tidak punya anak, saya minta kamu yang azankan (jenazah) saya, itu saja," kata Rano menyatakan permintaannya.
Dalam keadaan sulit seperti ini, Rano memberitahu bahawa beliau harus memberi sokongan kepada Raka dan enggan meninggalkan Raka walau sesaat.
Raka ditahan di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta beberapa hari lalu kerana didapati memiliki dadah.
Polis Senior Komisioner Rikwanto berkata, Raka, 20-an ditahan bersama teman wanitanya, Karina Andetia kerana memiliki lima biji pil ekstasy dan berdepan hukuman penjara maksimum 12 tahun. - UTUSAN




Related Posts :INFO ARTIS

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban