Kursus Sijil Pertanian (IPSM)


Cetak PDF




Kursus Sijil Pertanian Institut Pertanian Semenanjung Malaysia (IPSM)

Latar Belakang
Institut pertanian merupakan institusi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan Kursus Sijil Pertanian.
Terdapat tujuh (7) buah Institut Pertanian yang telah didirikan di Malaysia di mana lima (5) buah institut terdapat di Semenanjung Malaysia dan lebih dikenali sebagai Institut Pertanian Semenanjung Malaysia (IPSM), sebuah di Sabah dan sebuah lagi di Sarawak. Bagi 5 buah Institut Pertanian Semenanjung Malaysia ini, ia diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Persekutuan melalui Bahagian Pembangunan Sumber Manusia. Manakala Institut Pertanian yang terletak di Sabah dan Sarawak adalah diletakkan di bawah Jabatan Pertanian Negeri masing-masing.
Sijil Institut Pertanian ini telah pun diiktiraf setanding dengan Sijil Politeknik (Teknikal) dan Politeknik - Politeknik Kementerian Pelajaran Malaysia pada 18 Januari 1996 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
Lokasi-lokasi Institut Pertanian Semenanjung Malaysia ini adalah seperti berikut :
  • Institut Pertanian Serdang, Selangor, yang telah dibina pada tahun 1957
  • Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang, yang telah dibina pada tahun 1967
  • Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang, yang telah dibina pada tahun 1971
  • Institut Pertanian Titi Gantong, Perak, yang telah dibina pada tahun 1973
  • Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor yang telah dibina pada tahun 1974.
Manakala, dua buah lagi Institut Pertanian adalah di:
  • Institut Pertanian Semanggok, Sarawak
  • Institut Pertanian Timbang Menggaris, Sabah
Sehingga tahun 2008, Institut Pertanian telah pun mengeluarkan seramai 8579 graduan Sijil Pertanian semenjak tahun 1966.
Objektif
  • melahirkan graduan yang mahir dalam teknologi pertanian
  • menyediakan asas-asas keusahawanan dalam bidang pertanian komersial

Matlamat
  • Mengeluarkan tenaga mahir bagi memenuhi tenaga kerja dalam sektor kerajaan atau swasta
  • Memberi latihan kemahiran dan pengkhususan untuk  mewujudkan bakal bakal usahawan pertanian
  • Membantu mempercepatkan transformasi sektor pertanian.
Jangka Masa Kursus

Kursus Sijil Pertanian mengambil masa selama dua tahun (empat semester).  Setiap sesi tahun pengajian mengandungi dua semester dan setiap semester terdiri daripada 20 minggu pengajian.  Kursus ini dijalankan secara sepenuh masa merangkumi 72 jam kredit untuk layak dianugerahkan Sijil Pertanian.
     

           Struktur Pengajian

                      Semester I dan III

                      Pengajian                                  10 minggu
                      Cuti Pertengahan semester     1 minggu
                      Pengajian                                  10 minggu
                      Cuti Antara Semester                 5 minggu

                      Semester II

                      Pengajian                                  10 minggu
                      Cuti Pertengahan Semester    1 minggu
                      Pengajian                                  10 minggu
                      Cuti Antara Semester                 4 minggu

                      Semester IV

                      Pengajian                                   12 minggu
                      Cuti Pertengahan Semester      1 minggu
                      Pengajian                                   8 minggu
                      Cuti Antara Semester                  4 minggu

Untuk mencapai matlamat Institut Pertanian, sukatan pelajaran disediakan mengikut kumpulan mata pelajaran berikut:
  • Mata Pelajaran Wajib meliputi mata pelajaran asas dan kemahiran(pada semester I – IV)
  • Mata Pelajaran Pengkhususan di mana pelajar boleh memilih salah satu daripada 6 bidang yang ditawarkan(pada semester III – IV)
  • Latihan Industri yang diadakan sama ada di sektor swasta atau kerajaan. (pada semester IV)

Kategori Kumpulan Mata Pelajaran Yang Ditawarkan
TAHUN 1
SEMESTER 1
  • Bahasa Inggeris I
  • Pendidikan Islam I / Pendidikan Moral I
  • Pengurusan Tanah
  • Perlindungan Tanaman
  • Pengurusan Tanaman Sayuran dan Singkat Masa
  • Pengurusan Tanaman Perladangan
  • Kejuruteraan Pertanian I

TAHUN 1
SEMESTER II
  • Bahasa Inggeris II
  • Pendidikan Islam II / Pendidikan Moral II
  • Hortikultur Hiasan
  • Asas Sains Makanan
  • Pengurusan Tanaman Buah-Buahan
  • Pengurusan Ternakan I
  • Kejuruteraan Pertanian II
  • Komputer I
TAHUN 2
SEMESTER III
  • Bahasa Inggeris III
  • Tamadun Islam I
  • Pemasaran
  • Pengembangan Pertanian
  • Komputer II
  • Perniagaan Tani I
  • Pengkhususan:
    • Landskap I
    • Teknologi Pengeluaran Tanaman Makanan I
    • Teknologi Memproses Hasil Pertanian I
    • Mekanisasi Ladang I
    • Pengurusan Estet I
    • Pengurusan Ternakan II
TAHUN 2
SEMESTER IV
  • Bahasa Inggeris IV
  • Tamadun Islam II
  • Pengurusan Am
  • Perniagaan Tani II
  • Pengkhususan:
    • Landskap II
    • Teknologi Pengeluaran Tanaman Makanan II
    • Teknologi Memproses Hasil Pertanian II
    • Mekanisasi Ladang II
    • Pengurusan Estet II
    • Pengurusan Ternakan III
  • Latihan Industri

Biasiswa

Kos pengajian dibiayai sama ada oleh biasiswa daripada Kerajaan Persekutuan (Jabatan Pertanian Persekutuan), Lembaga Biasiswa Kerajaan-Kerajaan Negeri, Badan-Badan Berkanun Kerajaan, Yayasan Pelajaran Negeri atau pihak swasta.


Prospek Kerjaya


Graduan Institut Pertanian boleh memilih untuk bekerja sama ada di sektor awam atau swasta atau menjadi usahawan pertanian. Golongan ini juga berpeluang untuk menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta. Bidang-bidang  pekerjaan yang boleh diceburi adalah seperti berikut:
  •     Landskap
  •     Nurseri Tanaman
  •     Perladangan
  •     Perhotelan
  •     Rekreasi
  •     Pemprosesan
  •     Perusahaan Pertanian
Kelayakan Memasuki Institut

Syarat kelayakan untuk memasuki Institut Pertanian adalah seperti berikut :
 
  1. Warganegara Malaysia berumur di antara 17-25 tahun (hingga 30 tahun bagi pegawai kerajaan) pada masa kursus bermula.
  2. Berkelulusan SPM atau SPM(V) atau yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan yang sama seperti yang berikut :
  3. Lulus dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)  dan
  4. Lulus dalam mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan dan
  5. Kepujian dalam salah satu mata pelajaran iaitu Sains Pertanian, Sains, Pengeluaran Tanaman, Pengeluaran Ternakan, Hortikultur Hiasan dan Landskap, Kejenteraan Ladang, Pengurusan Ladang, Pengajian Agroteknologi, Landskap dan Nurseri, Tanaman Makanan, Geografi, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Ekonomi Rumah Tangga, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Teknologi Bengkel Mesin, Kerja Menggegas dan Memesin, Teknologi Binaan Bangunan, Kerja Kayu dan Bata, Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam, Kerja Kimpalan, Teknologi Automotif, Menservis dan Membaiki Kenderaan, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Pengajian Keusahawanan, Teknologi Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Asas Pemprosesan Maklumat, Teknologi Katering, Katering dan Penyajian, Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan, Teknologi Bakeri dan Konfeksioneri, Membuat Roti dan Patisserie.
  6. Berjaya dalam temuduga yang dijalankan dan
  7. Belum berkahwin (kecuali bagi kakitangan kerajaan).
Pengambilan Pelajar Dan Prosedur Permohonan
Pengambilan pelajar baru akan diiklankan di akhbar utama tempatan pada bulan Mac setiap tahun. Mereka yang berminat boleh memohon setelah iklan dikeluarkan. Borang permohonan boleh diperolehi secara percuma di:
  • Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pertanian, Putrajaya
  • Institut-institut Pertanian Semenanjung Malaysia
  • Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri.
Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

Pengarah
Jabatan Pertanian Malaysia
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia
Aras 13, No.30, Persiaran Perdana, Presint 4
62624 Putrajaya
(U. P : Timbalan Pengarah Seksyen Latihan Kemahiran)
Pemohon yang layak akan dimaklumkan melalui surat tawaran. Tahun pengajian di Institut Pertanian bermula pada bulan Jun setiap tahun.

Sebarang pertanyaan berkenaan Kursus Sijil Pertanian di Institut Pertanian ini, bolehlah menghubungi:
1.Cik Noorzilawati Binti Abd Kamis,
Penolong Pengarah,
Seksyen Latihan Kemahiran,
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia
Aras 13, No. 30, Persiaran Perdana, Presint 4,
62624, Putrajaya,
No. Telefon   : 03-88703265
E-mail            : noorzilawati@doa.gov.my


2.Puan Zalina Binti Alias
Penolong Pegawai Pertanian,
Seksyen Latihan Kemahiran,
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia
Aras 13, No. 30, Persiaran Perdana, Presint 4,
62624, Putrajaya,
No. Telefon   : 03-88703238
E-mail             :  zalina@doa.gov.my




Related Posts :Info Kursus

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban