Penyenaraian Felcra dipertimbang selepas kajian


 

 

 

 

 

KUALA LIPIS 15 Mei - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan mengkaji secara mendalam mengenai cadangan menyenaraikan Felcra di Bursa Malaysia sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.
Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kajian itu perlu memandangkan Felcra adalah entiti berbeza berbanding Felda, walaupun menjadi hasrat kerajaan membawa Felcra ke peringkat tertinggi.
"...Felda jauh lebih besar keupayaannya termasuk keluasan tanahnya manakala tanah Felcra masih dimiliki oleh individu bersama Felcra dan tanahnya tidak seluas seperti yang Felda uruskan.
"Jadi, sinerginya yang kita nak lahirkan dalam bursa saham itu bukan sebesar Felda, namun kita akan teliti cadangan itu secara mendalam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mesra Rakyat di Kampung Kerambit, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi Felcra Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang mencadangkan agar Felcra disenaraikan di Bursa Malaysia menerusi penggabungan semua 17 anak syarikatnya.
Rancangan jangka panjang itu dijangka dapat membantu Felcra menjana pendapatan RM200 juta setahun. - BERNAMA
Related Posts :Info agro

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban