Ramai tahu perangai buruk Azmin















KUALA LUMPUR 13 Mei - Ketiadaan pemimpin pembangkang terutamanya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memberi kenyataan bela terhadap dakwaan isu skandal seks Azmin Ali menunjukkan mereka telah dapat menghidu perilaku sebenar Timbalan Presiden PKR tersebut. Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip menegaskan, sikap berkecuali itu sekali gus menunjukkan para pemimpin PKR tidak mahu terlibat dan campur tangan dalam isu tersebut. "Azmin sekarang sudah menjadi satu liabiliti dalam PKR. Malah, dalam PKR sendiri, adalah menjadi satu 'dosa besar' sekiranya ada yang berniat untuk menjatuhkan Anwar dan menentang Azmin. "Ekoran 'dosa besar' itu, tiada pemimpin pembangkang yang berani tampil untuk memberi kenyataan bela atau campur tangan dalam isu skandal Azmin kerana mereka tahu perilaku buruk Azmin yang sebenarnya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas laporan wartawan The Star, Joceline Tan dalam kolumnya yang mengatakan tiada seorang pun pemimpin parti-parti pembangkang termasuk PKR tampil membela Azmin berhubung isu tersebut. Joceline menerusi kolumnya turut memetik beberapa pemimpin dalam PKR yang terus berdiam diri termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar. Malah menurut Joceline, Azmin yang mengharapkan Anwar menjadi orang pertama untuk membelanya tidak berbuat demikian sehingga beliau terpaksa mengambil cuti dari parti itu berkuat-kuasa serta merta. Menurut Muhammad Zahid, pemimpin PKR lebih mengenali Azmin dan tahu perangai sebenarnya. "Sudah terang lagi bersuluh, kalau Azmin berada di pihak yang benar, kenapa dia takut untuk tampil membuat sumpah laknat atau laporan polis bagi menyatakan kebenaran," jelasnya. Tambahnya, sikap Azmin itu menunjukkan ciri-ciri pemimpin yang berjiwa 'tikus', dayus dan bacul. Dalam nada sama, Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim berkata, pemimpin pembangkang lain sudah lama tahu keburukan perilaku Azmin. "Pembangkang tahu perangai buruk Azmin yang sebenar. Sebab itu, tiada siapa tampil membelanya kerana mereka tidak mahu bersekongkol untuk menafikan perkara benar. "Kalau ada salah laku melibatkan Barisan Nasional, sepantas kilat Khalid menuntut perkara yang bukan-bukan termasuk menubuhkan jawatankuasa. "Namun, bila terjadi pada ahli politik mereka, diam seribu bahasa pula dan tidak menafikan sama ada ia benar atau tidak. Masakan pokok boleh bergoyang jika tiada angin," jelasnya. Tambahnya, selaku Menteri Besar, Khalid sepatutnya tampil untuk membuat kenyataan mengenai tindakan disiplin terhadap Exco kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri di Selangor yang terlibat dengan skandal seks.












MORE INFOABOUT LATE SKANDAL ISSUE LINK TO BLOG
Related Posts :Info politik

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban