Tarikan pasar tani Cameron Highlands

















MELANCONG ke Cameron Highlands seakan tidak lengkap tanpa berkunjung ke pasar taninya yang kini semakin popular apabila ia menerima pelawat lebih tiga juta pelancong tempatan mahu pun luar negara sejak dibuka pada tahun 2007.
Pasar tani ini yang terletak di Brinchang itu beroperasi seminggu sekali pada setiap Ahad bermula pukul 7 pagi hingga 2 petang berhadapan dengan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands.
Terdapat 100 gerai yang menjual produk utama keluaran pertanian Cameron Highlands dan sudah tentunya pelbagai jenis bunga, strawberi, sayur-sayuran, buah-buahan tempatan, madu dan produk kraftangan.
Selain memenuhi barangan keperluan pelancongan, penglibatan pelbagai golongan petani dan peniaga yang terdiri daripada pelbagai bangsa mencerminkan pasar tani 1Malaysia.
Bagi memenuhi cita rasa pelancong, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Pahang sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan hanya produk yang berkualiti sahaja dijual di pasar tani ini.
Pasar Tani Cameron Hihglands adalah antara tiga pasar tani pelancong yang terdapat di negara ini selain di Seremban, Negeri Sembilan dan Kuching di Sarawak.
Related Posts :Info business

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban