UMNO Tarik 250,000 pengunjung

Tarik 250,000 pengunjung















KUALA LUMPUR 13 Mei - Kira-kira 250,000 pengunjung membanjiri pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini selama tiga hari sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 yang berakhir hari ini. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 70 peratus pengunjung adalah golongan muda, sekali gus menunjukkan matlamat menarik generasi itu mendalami isi perjuangan parti berjaya. "Kita mendekati anak muda dan terangkan pada mereka, insya-Allah kefahaman mereka tentang perjuangan UMNO semakin jelas. "Selain itu, UMNO juga membetulkan kekeliruan dan salah tanggapan golongan muda terhadap parti itu menerusi aktiviti menarik yang dianjurkan," katanya ketika ditemui pemberita pada hari terakhir sambutan itu. Tengku Adnan yang gembira dengan sambutan memberangsangkan itu berkata, UMNO akan meneruskan strategi untuk mendekati golongan itu supaya mereka tidak lagi keliru dengan penipuan sesetengah pihak. Ahli Parlimen Putrajaya itu menegaskan, jenama UMNO yang sedia gah itu akan digilap di jiwa golongan sasar tersebut agar pemahaman terhadap jasa parti tersebut dapat disebarkan secara menyeluruh. "Dakwaan mengatakan mereka (golongan muda) tidak menyukai UMNO adalah tidak benar, ini hanya persepsi puak pembangkang yang suka mengadu-domba," katanya. Beliau berkata, lebih 10,000 orang mengunjungi pameran UMNO untuk mendapatkan maklumat mengenai sejarah dan perjuangan UMNO. Hari terakhir sambutan itu menyaksikan puluhan ribu pengunjung hadir menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan termasuk demonstrasi seni mempertahankan diri, kelas menulis skrip, kuliah agama dan pertunjukan pancaragam. Turut diadakan adalah pertandingan akhir street soccer dan papan selaju serta demonstrasi menembak paintball. Antara tapak pameran yang mendapat perhatian adalah tapak sayap parti, Puteri yang mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma serta tempat pendaftaran pengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
Related Posts :Info politik

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban