UMNO tidak boleh dikaitkan dengan Perkasa






















PULAU PINANG 14 Mei - UMNO tidak boleh dikaitkan dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana parti itu tidak mempunyai kuasa atau hak untuk mengawal pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, pihak tertentu tidak patut menuduh UMNO berada di belakang setiap aktiviti atau program yang dijalankan oleh Perkasa. Selain itu menurutnya, tidak semua yang dilakukan oleh Perkasa dipersetujui oleh UMNO. “Perkasa adalah Perkasa, UMNO adalah UMNO. UMNO parti politik manakala Perkasa adalah NGO yang tidak dapat kita kawal," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa penyelaras Barisan Nasional (BN) negeri di sini hari ini. Beliau mengulas dakwaan pihak tertentu yang mengaitkan UMNO dengan tindakan kira-kira 30 ahli Perkasa yang meletakkan gambar Ketua Menteri, Lim Guan Eng dikalungkan bunga di dua tempat di bandar ini Khamis lalu. Ia sebagai simbolik bahawa Setiausaha Agung DAP itu tidak diperlukan lagi oleh rakyat di negeri itu.
Related Posts :Info politik

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban