Terkilan tak sempat beri ibu hadiah

ALOR SETAR 21 Julai - Anak tunggal kepada bekas Ketua Wanita UMNO Cawangan Kampung Bukit Hangus, Sik, Halimah Yunus yang mati dipercayai dibunuh malam tadi, terkilan kerana tidak sempat menghadiahkan ibunya jubah dan gelang tangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.
Norliza Mansor, 46, yang tinggal di Sungai Petani dekat sini berkata, ketika pulang menjenguk Halimah Rabu lalu, ibunya itu menyatakan hajat untuk memakai jubah dan teringin memakai gelang tangan pada hari raya ini.
“Saya sudah pun membeli jubah berwarna kelabu dan bercadang membeli gelang tangan emas Korea esok sebagai kejutan untuk ibu. Saya bercadang menemuinya petang esok untuk menyerahkan barangan ini, tetapi tidak kesampaian," katanya semasa ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini hari ini.
Halimah, 66, ditemui berlumuran darah dengan kesan kelar di leher kiri di atas katil bilik tidurnya di Kampung Bukit Hangus oleh suaminya, Mee Hashim, 63, yang pulang selepas menunaikan solat sunat tarawih kira-kira pukul 9.30 malam tadi.
Dia disahkan meninggal dunia apabila tiba di Hospital Sik sebelum mayatnya dihantar ke HSB untuk bedah siasat.



Related Posts :Info Tragedi

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban