Permohonan Dibuka Bagi Pinjaman Perniagaan Bernilai RM180 Juta Untuk Komuniti India


















Pinjaman berjumlah RM180 juta untuk komuniti perniagaan India, yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, dibuka untuk permohonan bermula Khamis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G.Palanivel berkata sekretariat khas telah ditubuh bagi pemohon pinjaman itu, yang bertujuan membantu masyarakat India meningkatkan keadaan sosio ekonomi mereka, setanding dengan transformasi ekonomi Malaysia.

Sekretariat berkenaan yang dikenali sebagai Sekretariat Khas untuk Pengupayaan Usahawan India (SEED), akan melaporkan terus kepada Palanivel, yang juga menteri utama bagi Unit ETP Komuniti India dan Presiden MIC.

“Pinjaman akan dikeluarkan melalui unit Islam 13 bank perdagangan yang mengambil bahagian. Orang ramai boleh menghubungi sekretariat SEED bagi borang permohonan dan bantuan. Syarikat yang kukuh boleh memohon terus kepada bank yang mengambil bahagian.

“Kami melihat untuk membiayai syarikat India yang sedia ada dengan prestasi kewangan yang baik serta perniagaan baru. Kami memutuskan untuk meletakkan pinjaman maksimum RM5 juta bagi setiap syarikat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat perundingan dengan semua pihak yang berkaitan dengan pinjaman perniagaan India, di sini Khamis.

– BERNAMA


Related Posts :info business

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban