Sudah kahwin


PASANGAN ini sudah bernikah hujung minggu lalu.
PELAKON Mark-Paul Gosselaar yang terkenal menerusi sitkom Saved by the Bell baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Catriona McGinn, Sabtu lalu.
Menurut majalah People, pasangan itu melangsungkan perkahwinan di Sunstone Winery di Santa Ynez, California dan berlepas ke Itali untuk berbulan madu.
Pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada Ogos 2011 dan ini adalah perkahwinan kedua bagi Gosselaar.
Gosselaar telah pun mempunyai dua orang anak, Michael, 8, dan Ava, 6, hasil perkahwinan dengan Lisa Ann Russell sebelum bercerai pada Mei 2011.




Related Posts :artis luarnegara,

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban