Feri berlanggar, 38 terkorban

The bow of the Lamma IV boat (C) is seen partially submerged during rescue operations (AFP, Antony Dickson)



















Bot Lamma IV mula tenggelam semasa operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, semalam selepas ia berlanggar dengan sebuah feri di luar pantai Hong Kong, mengakibatkan 38 orang terbunuh. - AFP
HONG KONG 2 Okt. - Sekurang-kurangnya 38 orang maut, manakala berpuluh-puluh lagi cedera selepas sebuah feri yang membawa sekumpulan pekerja yang sedang bercuti berlanggar dengan sebuah lagi feri sebelum karam di perairan Hong Kong, malam tadi.
Pihak berkuasa berkata, bot milik Syarikat Elektrik Hong Kong itu membawa seramai 120 orang penumpang terdiri daripada kakitangan dan keluarga mereka bagi menyaksikan persembahan bunga api sempena Hari Kebangsaan China di Pelabuhan Victoria, petang semalam, sebelum nahas itu berlaku berdekatan pulau Lamma.
Beberapa penumpang tercampak ke dalam laut dan feri itu tenggelam dalam beberapa minit sahaja selepas perlanggaran berlaku.
"Sebanyak 28 penumpang disahkan mati di tempat kejadian, manakala lapan lagi ketika tiba di hospital," menurut pihak berkuasa dalam satu kenyataan.
"Usaha menyelamat diteruskan berikutan Jabatan Khidmat Bomba tidak pasti seandainya masih terdapat mangsa di dalam feri atau tidak," kata kenyataan itu.
Sementara itu, Menteri Keselamatan, Lai Tung-kwok berkata, enam anak kapal daripada dua buah feri yang terlibat ditahan polis, tengah hari ini bagi membantu siasatan.
Ketua Polis, Tsang Wai-hung berkata, suspek yang ditahan bertanggungjawab terhadap operasi kedua-dua buah feri itu. - AFP

Visit NBCNews.com for breaking news, world news, and news about the economy

Related Posts :Info LuarNegara, Info Tragedi,

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world