Kes dua anggota polis - Suspek terakhir kes tembak polis serah diri

Suspek terakhir kes tembak polis serah diri KUALA LUMPUR 3 Okt. - Kes dua anggota polis yang ditembak tiga penjenayah di Jalan Kuchai Lama, di sini Rabu lepas, dianggap selesai selepas suspek terakhir menyerah diri di Balai Polis Sri Petaling malam semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki berumur 30 tahun itu merupakan adik kepada seorang lagi suspek yang ditembak mati polis di Taman Desa Water Park pada awal pagi Ahad. Suspek yang berasal dari Lanchang, Mentakab, Pahang itu menyerah diri pukul 9 malam tadi dan kes boleh dianggap selesai, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini. Katanya, suspek direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. Kelmarin, seorang daripada suspek menyerah diri di Balai Polis Kepong kira-kira pukul 11 pagi. Mengenai keadaan dua anggota peronda polis yang cedera ditembak, Ku berkata seorang telah dibenar pulang manakala seorang lagi masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Dalam kejadian pukul 6.45 petang itu, Koperal R. Subramaniam, 52, cedera di bahagian perut manakala Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, cedera di leher akibat tembakan yang dipercayai dilepaskan oleh tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat berdekatan Kuchai Lama di sini. - BERNAMA

Related Posts :Info Jenayah,

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban