TNC UTHM mengaku tidak salah terima suapan






































JOHOR BAHRU 3 Okt. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan meminta dan menerima rasuah RM15,000 daripada seorang kontraktor pada Disember 2010.
Prof. Ir. Dr. Abdul Aziz Abdul Samad, 52, dituduh meminta suapan itu daripada Mohamad Anal Talhah, 41, sekitar Disember 2010.
Suapan itu sebagai dorongan melakukan transaksi dengan kononnya menolong Mohamad Anal mendapatkan kerja daripada Pejabat Pembangunan dan Pengurusan harta bina UTHM.
Abdul Aziz juga dituduh menerima wang tunai berkenaan daripada Mohamad Anal bagi dorongan sama yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya di Bank Muamalat, Cawangan UTHM, Parit Raja, Batu Pahat, pada 28 Januari 2011. - BERNAMA

Related Posts :Info Jenayah,

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban