AF ADIRA - Tidak lagi mencari cinta






































PENGALAMAN cinta lalu banyak mengajar Adira untuk berhenti mencari cinta.PENGALAMAN




MENGEKORI kembali perjalanan seni gadis yang berasal dari Ranau, Sabah ini, tidak banyak yang boleh dibanggakan melainkan sarat dengan sensasi. Mengakui dia juga masih mencuba, Bintang Akademi Fantasia ini nampaknya tidak menolak untuk mengatakan deretan kontroversi yang menghurungi dirinya sebelum ini menyebabkan dia seakan lali dengan dunia hiburan yang penuh dengan kejutan ini.
Tidak pernah berharap keajaiban akan berlaku, Adira percaya hanya dengan usaha keras dia mampu mencapai impian untuk bergelar seorang penghibur yang disegani kelak. Masih terumbang ambing dengan transisi dunia remajanya kini, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 21, memberitahu dia tidak lagi mahu mencari cinta.


Menjelaskan lagi perkara tersebut, Adira tidak menolak untuk memberitahu kisah cinta terdahulu banyak mengajarnya untuk tidak terlalu ghairah merasai bahagia berada di alam percintaan.
Bagaimanapun bagi gadis yang memiliki kulit seputih salju ini, jika dia ditakdirkan bertemu cinta apa yang pasti itu bukan atas usahanya.
“Saya tidak mahu lagi mencari cinta. Buat masa ini saya mahu tumpukan perhatian buat kerjaya saya dahulu.
“Bukan serik, tetapi apa yang boleh saya katakan pengalaman banyak mengajar saya," katanya ketika menghadiri sesi fotografi bersama Hits baru-baru ini.
Mengulas cinta terbarunya yang sudahpun kecundang dengan anggota kumpulan popular dan penerbit muzik, AG Coco daripada kumpulan Hujan. Adira menjelaskan perkara itu sebagai tiada lagi jodoh di antara mereka.
“Kami berpisah dengan cara baik, dan sehingga kini kedua kami tidak ada masalah jika berkerjasama.
“Perlu saya tegaskan disini perpisahan kami bukan berpunca dari orang ketiga seperti yang pernah digembar-gemburkan sebelum ini," katanya tentang hubungan yang hanya berlangsung beberapa bulan.
Belum sempat menarik nafas, kisah perpisahannya itu pula dikaitkan dengan hubungan intimnya dengan penyanyi yang berasal dari Singapura Alif Aziz. Tidak mahu mencampuri gosip tidak benar itu, Adira memberitahu kewujudan Alif hanya kekal sebagai rakan sekerjanya sahaja.
“Saya dan Alif bekerja bersama sebagai pelakon untuk drama Tiara, dan saya akui kami berdua rapat ketika di set, bukan sahaja dengan dia tetapi juga dengan pihak krew lain.
“Gosip ini timbul apabila dia pada masa yang sama Alif juga sedang melalui kisah perpisahan, walhal kami berdua memang tidak mempunyai apa-apa hubungan," katanya. Sebelum dua jejaka itu, si penyanyi Awan Nano, Hafiz juga merupakan bekas kekasih Adira.
Dalam masa dua tahun kebelakangan ini, nampaknya Adira memang ‘laris’ di lapangan cinta, seharusnya begitu juga dengan kerjaya. Soalnya, sampai bila mahu berdagang dengan kisah-kisah sensasi, sedang bakat sebenar dipandang sepi?
Suntik wajah
Kecantikan kulit sentiasa menjadi aset penting setiap gadis. Begitu juga dengan Adira yang memberitahu bahawa perubahan kulitnya kini juga ada kaitan dengan penjagaan rapi yang dilakukan. Menolak dakwaan dia ada melakukan pengubahsuaian wajah melalui teknik suntikan dan pembedahan, Adira dengan keras menafikannya.
“Saya akui kulit saya agak gelap dahulu, tetapi waktu itu saya baru keluar PLKN. Dan pada waktu itu juga, saya tidak terlalu menjaga keadaan diri kerana baru nak jadi penyanyi. Masih belum pandai sangat berhias.
“Hari ini, saya akui rutin kecantikan saya agak ketat berbanding dahulu. Banyak juga habiskan duit untuk jaga kecantikan sebab ia sangat penting buat kerjaya sebagai artis.
“Namun untuk membuat suntikan pada wajah, itu tidak mungkin. Lagipun tidak sesuai kerana saya masih muda. Kita hanya perlu menghargai apa yang ada ketika ini dan menjaganya agar menjadi lebih baik," katanya.
Melihat terjahan demi terjahan kontroversi yang terus mencuit karier seninya, kami tertanya sejauh mana kekuatan anak gadis ini didalam menghadapi dunia seni.
Adakah pernah terlintas dibenaknya untuk meninggalkan dunia seni ini didalam mengubati kembali kekuatan diri yang pernah tersungkur.
“Sewaktu mula-mula memilih untuk jadi penyanyi saya sebenarnya sudah mengagak semua perkara ini.
“Tidak pernah terlintas untuk putus asa dari mengejar cita-cita. Dan sehingga kini saya tahu ia tidak akan menjadi satu laluan yang mudah. Apapun, saya akan sentiasa bersedia menghadapi apa yang dipanggil dugaan ini," katanya yakin.
Melihat perubahan diri melalui kontroversi yang dicipta ada yang mengatakan gadis ini sebenarnya mengalami kejutan budaya.
Cuba bertanya kembali kepada Adira mengenai perihal ini, ada nada amaran yang ingin disampaikan dirinya kepada pembawa cerita tersebut.
“Saya memang berasal dari kampung, tapi saya tahu nilai yang perlu dijaga. Bagaimanapun bila perkara ini terjadi saya tetap sangat bersyukur untuk mempunyai keluarga yang sangat memahami," katanya.
Tahu langkahnya masih lagi terlalu jauh, menurut Adira kisah dia yang kini kononnya semakin besar kepala sedikit sebanyak memberi impak kepada kerjayanya.
“Saya tahu saya masih lagi baru, dan sejujurnya sepanjang perjalanan bergelar sebagai anak seni ini saya akan lakukan kesilapan.
“Bagaimanapun tidak terlintas di dalam fikiran ini untuk berlagak “Diva" atau apa sahaja gelaran yang diberi. Saya percaya apa yang berlaku berpunca dari salah faham sahaja," katanya ketika mengulas dakwaan yang mengatakan dia kini menghadapi masalah disiplin.




Related Posts : Akademi Fantasia, artis malaysia,

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban