Amukan Ibrahimovic rencat penampilan ke-100 Gerrard



Zlatan Ibrahimovic meraikan kejayaannya menjaringkan gol keempat Sweden pada aksi persahabatan menentang England di Stockholm, semalam. - AFP




STOCKHOLM - Zlatan Ibrahimovic meraih pujian dari segenap sudut apabila menjaringkan kesemua gol Sweden, termasuk tendangan gunting dari jarak jauh untuk pasukannya menumpaskan England 4-2 dalam perlawanan persahabatan, semalam.
Jaringan pembukaan Ibrahimovic pada minit ke-20 memahat namanya sebagai penjaring gol pertama di stadium baru, Friends Arena, Stockholm.
England merencatkan kegembiraan Sweden buat seketika apabila membalas dua gol menerusi Danny Welbeck dan Steven Caulker.
Malang buat anak-anak buah Roy Hodgson, biarpun berjaya bangkit dengan dua gol, tiada apa yang boleh dilakukan untuk menyekat amukan Ibrahimovic.
Persembahan hebat Ibrahimovic membayangi penampilan ke-100 Steven Gerrard bersama skuad England, namun bintang tengah Liverpool itu menyanjungi prestasi penyerang Sweden itu.
"Saya fikir gol keempat Zlatan antara yang terbaik pernah saya lihat," kata Gerrard.
Walaupun mengalami kekalahan pertama dalam tempoh 90 minit sejak mengambil alih Three Lions, Roy Hodgson berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan enam muka baru yang diketengahkan.
Caulker, Leon Osman dan pemain sayap Liverpool berusia 17 tahun, Raheem Sterling diturunkan dalam kesebelasan utama. Turut beraksi adalah Carl Jenkinson, Ryan Shawcross dan Wilfried Zaha, yang memasuki padang pada separuh masa kedua.
Hodgson memuji Sterling yang dianggap semakin meningkat persembahannya, selain menyifatkannya sebagai pemain masa depan England.
Dia turut mempertahankan penjaga gol, Joe Hart biarpun penjaga gol Manchester City itu menunjukkan prestasi tidak konsisten sepanjang perlawanan.
"Perkara seperti ini biasa berlaku. Gol ketiga berpunca daripada bola lantun, yang keempat pula dia tidak bernasib baik kerana Zlatan melakukan aksi akrobatik,'' katanya. - AFP









Related Posts :info sukan,

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban