Anugerah khas untuk pelajar Malaysia cemerlang













GOLD COAST 16 Nov. - Majlis Perniagaan Australia-Malaysia bersetuju mewujudkan satu anugerah khas untuk pelajar negara yang mencatatkan pencapaian cemerlang dalam semua bidang di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, satu panel khas yang ditubuhkan akan menilai dan memilih pelajar Malaysia yang cemerlang dalam akademik serta bidang-bidang lain.
Sebagai permulaan kata beliau, anugerah yang mirip kepada Anugerah Merdeka itu dibuka untuk penuntut peringkat ijazah sarjana muda di Victoria.
"Anugerah yang sama akan diperluaskan ke negeri -negeri lain di Australia menerusi inisiatif cawangan-cawangan Majlis Perniagaan Australia-Malaysia di New South Wales, Queensland dan Australia Barat, '' katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.
Muhyiddin dalam lawatan kerja sembilan hari ke Melbourne, Brisbane dan Gold Coast bermula 8 November lalu hingga Ahad ini. - UTUSAN









Related Posts :Info Jenayah,

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban