Healen



























BArisan produk Healen yang berjaya dihasilkan setelah menjalani kajian selama bertahun-tahun kini sedia dipasarkan.

Di cipta daripada ekstrak beberapa tumbuhan herba, Healen merupakan produk yang boleh membantu menyembuh luka dengan pantas hasil penyelidikan seorang pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM).

Ia juga merupakan berita baik kepada pesakit diabetes dan kencing manis yang mengalami luka yang sukar untuk sembuh.

Kajian yang dilakukan dalam penghasilan Healen mendapati bahan asas yang digunakan iaitu ekstrak daripada sejenis daun herba dan membantu menyembuhkan sel luka yang kronik.



























DR. Suhaila Mohamed menunjukkan produk krim Healen dan penyembur Antisept yang dihasilkan olehnya.

Ekstrak tersebut yang lebih dikenali sebagai biophenolic oitment mudah di temui dalam herba tempatan di sekitar Malaysia.

Menurut penyelidik Institut Biosains (IBS), Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM, Prof. Dr. Suhaila Mohamed, melalui kajian yang dijalankan,Healen mampu bertindak pantas membantu merawat luka 30 peratus lebih cepat berbanding kaedah pengambilan ubatan biasa.

"Sehingga kini beberapa pesakit kencing manis dan diabetes yang menggunakan produk ini memberi maklum balas yang positif," ujarnya ketika ditemui di pejabat beliau di UPM, Serdang, Selangor baru-baru ini.

Jelas beliau lagi, bagi bukan pesakit diabetes, luka yang mereka mampu sembuh secara normal.

Namun, bagi mereka yang mengidapi penyakit tersebut, luka yang dialami sukar untuk sembuh malah mungkin bertukar menjadi lebih teruk sehingga memerlukan pembedahan untuk membuang bahagian yang rosak akibat jangkitan pada bahagian yang luka.

Antara lain yang boleh menyebabkan kesukaran luka untuk sembuh dengan baik adalah masalah kulit, prosedur pembedahan yang kurang teliti dan jangkitan kuman.




















luka yang dihidapi oleh seorang pesakit kencing manis sebelum mengunakan krim Healen.

Selain itu, faktor berat badan berlebihan (obesiti), merokok, kekurangan nutrisi, peningkatan umur, kurang pergerakan, rawatan kimoterapi, radioterapi, pengunaan ubat yang berlebihan dan pelbagai lagi.

Kajian yang dijalankan selama empat tahun itu turut mendapati Healen mampu merawat bakteria yang terdapat pada tubuh manusia, serangan kulat (fungus), alzheimer, bisul, calar, ruam, kesan lecur akibat terbakar dan juga ulser pada bahagian luar tubuh badan.

Untuk mendapatkan kesan yang maksimum, krim Healen perlu disapu pada kawasan luka dua hingga empat kali sehari sehingga sembuh.

Bagaimana pun produk tersebut hanya boleh diaplikasikan untuk kegunaan luaran sahaja.

Jelas Dr. Suhaila, produk tersebut juga akan dipromosikan sebagai 'first aid kit' di dalam bentuk tiub yang mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja.
















Selepas beberapa bulan luka hampir sembuh setelah mengunakan krim Healen.

"Selain menerima maklum balas yang positif, beberapa pihak yang berminat untuk memasarkan produk ini telah menunjukkan minat.

"Produk Healen ini bakal dikormesialkan dalam masa dua hingga tiga minggu lagi dan pihak kami menumpukan kepada pengguna daripada golongan pesakit diabetes dan kencing manis di samping kanak yang mengidap penyakit lelah dan alzheimer," katanya.

Untuk mendapatkan produk Healen di dalam masa yang terdekat, anda boleh menghubungi syarikat SeaMax Resources Sdn. Bhd di talian 017-2388573 atau 017-2388574 dan bagi mereka yang benar-benar berminat diskaun sebanyak 50 peratus ditawarkan sehingga hujung tahun.

Malah, produk tersebut juga boleh didapati di gerai jualan di Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen 2012 yang akan berlangsung pada 12 hingga 16 Oktober ini.






Related Posts :Info Agroculture, info AGROBIZ, info business, Info BioTech,

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban