Ismail Tokoh Maal Hijrah



MOHD. Ridzuan Ang Abdullah menerima anugerah Tokoh Aktivis Saudara Kita sempena sambutan Maal Hijrah Terengganu 2012 di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 15 Nov. - Bekas Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Ismail Ali hari ini diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 2012 peringkat negeri Terengganu.
Ismail, 70, tokoh kelahiran Kampung Tanjung Sabtu, Manir itu menerima hadiah wang tunai RM10,000 selain piala pusingan dan sijil penghargaan.
Beliau yang kini aktif sebagai penceramah dan pendakwah menerima hadiah itu daripada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Mohd. Rozali Salleh.







Related Posts :info semasa,

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban