Kerajaan belanja RM4.5 juta bina gelanggang futsal


HULU TERENGGANU 14 Nov. - Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM4.5 juta tahun ini bagi pembinaan beberapa buah lagi gelanggang futsal di seluruh negeri ini khususnya di kawasan luar bandar.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat berkata, usaha itu sebagai memenuhi hasrat kerajaan melahirkan lebih ramai bintang bola sepak khususnya futsal di negeri ini selain mencegah remaja terjerumus dalam gejala sosial.
Beliau memberitahu, projek pembinaan gelanggang futsal di negeri ini mula dilaksanakan tiga tahun lalu dan untuk tahun ini, jumlah itu ditambah bagi membolehkan golongan belia memanfaatkan kemudahan itu dengan aktiviti riadah.
"Kerajaan sedar bagi golongan belia di sini tiada apa yang boleh menyeronokkan mereka. Dengan membina gelanggang futsal, ia langkah terbaik untuk selesaikan masalah mereka," katanya selepas melancarkan gelanggang futsal di Kampung Kuala Telemung di sini hari ini.
Menurut beliau, kira-kira 300 buah gelanggang futsal dibina di negeri ini yang melibatkan peruntukan kerajaan negeri dan juga Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Belia dan Sukan.
"Golongan remaja khususnya di kawasan luar bandar memang memerlukan hiburan, kita juga risau dengan peningkatan masalah sosial di kalangan generasi muda," ujarnya.
Katanya, pembinaan gelanggang futsal itu juga adalah selaras dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan bidang sukan terutama bola sepak di negara ini.
Malah tambah beliau, perkembangan itu turut membantu matlamat kerajaan mewujudkan sekurang-kurangnya satu gelanggang futsal di setiap daripada 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) menjadi kenyataan.








Related Posts :INFO BELIA, INFO REMAJA,

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban