PBB didesak halang Israel



Pasukan menyelamat Palestin membantu seorang lelaki Palestin yang tertimbus di halaman rumahnya di Beit Lahia, utara Gaza akibat bedilan tentera Israel ke atas wilayah itu, semalam. - AFP
NEW YORK 15 Nov. - Palestin mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghalang operasi ketenteraan Israel di Genting Gaza, yang mereka anggap tidak sah, selepas perancang utama pejuang Hamas, Ahmed Jabari terbunuh dalam serangan udara terbarunya ke atas wilayah Palestin itu.
Pada mesyuarat tertutup yang diadakan malam tadi, Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour berkata, Israel 'tidak beradab' dan bangga dengan tindakannya membunuh penduduk Palestin.
Mansour turut mendakwa Israel sedang melakukan jenayah perang ke atas Palestin.
"Komuniti antarabangsa patut bertindak menamatkan polisi dan amalan tidak sah Israel ke atas Palestin," katanya.










Related Posts : Info LuarNegara, Info Tragedi, ,

Comments

Popular posts from this blog

Naruto Episode Movie download

PSY - GANGNAM STYLE hits world

Feri berlanggar, 38 terkorban